Tuesday 4 December 2012

Pengasas Doa BN KO....


Assalamulaikum,

Semalam ambo sempat menghadiri Program Hijratur Rasul anjuran "Tak Tahu" sbb ambo dengar kabar AJK Masjid mendapat 'ARAHAN' bahawa Nik Razi akan datang ceramah di Masjid Ibrahimi tu je.

Pengerusi pada malam tersebut adalah bakal calon PAS (di sebut-sebut) iaitu Tuan Sarifuddin Tuan Ismail.

[Pendapat Peribadi] Ambo merasakan Nik Razi adalah seorang yg memang 'berlapik' bila berkata-kata tiada sepatah kata pun beliau sebut BN, UMNO, DAP, PKR maupun PAS, hanya berkias sahaja.

Kuliah yang menarik menceritakan tentang Tanah, Air, Api dan Angin. 'Ghalik' jugok ambo duk dengar walaupun ada skit cubit-cubit pasal royalti, hiway-rakyat biasalaaaa, sehingga pada sesi soal jawab...

Penanya pertama soalan mengenai kedudukan si MUNAFIK dalam neraka, jawaban yang di berikan Alhamdulillah sangat 'jelira' dengan dalil dari Al-Quran.

Tetiba Pengerusi sendiri bertanyakan soalan, heran gak ambo :) seolah-olah ceramah oleh Nik Razi tadi tidak membaca 'skrip' yang perlu di lakonkannya. Soalan beliau mengenai hukum mengundi Parti Kebangsaan (tanpa di sebut nama parti tersebut, mungkin DAP kot)

"Berdosa undi parti kebangsaan", jawab Nik Razi juga tidak menyebut dengan jelas Parti mana, lalu ambo buat kesimpulan sendiri la.. HARAM UNDI DAP, sbb DAP bukan parti ISLAM!

Alhamdulillah majlis selesai dengan solat Isya di imamkan oleh Nik Razi dan doa yang di bacanya pun Alhamdulillah tidak seperti doa di Stadium Muhammad IV yang lepas. :) Wassalam.


Friday 30 November 2012

DrMaza Pro PAS / UMNO?????

Assalmualaikum,

Kali ini ambo tertarik dengan seorang insan yang sering di jadikan rujukan oleh golongan politik. Teguran, komen, dan nasihat beliau sering di guna pakai oleh puok2 dalam parti PAS n UMNO.

Kali ini DrMaza telah di jemput utk menghadiri Persidangan Agung UMNO yang ke 66  (selepas ini di sebut PAU66) dan beliau telah banyak membuat 'twit' di akaun twitternya.

Kali ini ambo kutip beberapa 'twit' beliau yang ambo cukup tertarik dan pastinya puok2 PAS cuba menutup mata untuk tidak membacanya.

Twit ini menjadi pilihan ambo kerana ambo berasa cukup terharu dengan keikhlasan DrMaza menyatakan hasil titip peluh pejuang UMNO terdahulu dalam memastikan kita berada di sini pada hari ini mengecapi hasilnya.

Ambo turut berlapang dada mengakui ada kelemahan di dalam UMNO tetapi ambo cukup terharu bila terkenan jasa-jasa pemimpin terdahulu.

Walaupun UMNO di hentam dengan pelbagai kata, kutukan, cacian tapi Alhamdulillah perwakilan masih lagi waras dalam penggunaan bahasa semasa perbahasan. Terima kasih sekali lagi buat DrMaza yang turut perasan hakikat ini.

Terima kasih sekali lagi dari ambo buat DrMaza... segala teguran dan kritikan DrMaza kita perlu terima untuk menjadi yang terbaik buat rakyat. Insyallah BN akan terus relevan untuk rakyat Malaysia dan UMNO akan terus menjadi NAKHODA dalam Barisan Nasional.

Doaku buat DrMaza semoga Allah panjangkan umurnya, murah rezkinya, lapang hidupnya, dan senang hidupnya di dunia dan akhirat...amin

p/s - Al-Fatihah buat pejuang UMNO yang telah pergi menemui Ilahi, semoga roh mereka di cucuri rahmat.. amin



Wednesday 28 November 2012

Putrajaya Syurga PAS

Assalamualaikum,

isu doa BN KO terus di perkatakan, macam2 hujjah dah pro / kontra di utarakan namun di sebalik perdebatan itu PAS sebenarnya terlalu meletakkan asas perjuangan demi habuan dunia! seolah-olah Putrajaya itulah SYURGA bagi mereka.

Berbeda dengan BN-UMNO yang masih lagi cuba menjaga hala tuju perjuangan sebenarnya demi Agama-Bangsa-Tanahair (Abata)

Apakah kerana di'rasuk' oleh SETAN DAP maka PAS berani bertindak sedemikian? Apakah kerana dana Yahudi yang bakal di salurkan kepada PAS pada PRU13 nanti menyebabkan PAS hilang akal??

Doa PAS (BN-KO) di 'bayar' balik oleh ahli UMNO supaya di satukan kembali tautan kita sesama Islam. Insyallah semoga Allah memberikan hidayah kepada kita semua semoga kita bersatu Insyallah.



Takbirrrr!!!! Allahu-Akbar


Sunday 18 November 2012

Makhluk Asing Muncul Di Kelantan


GEMPAR!!!!! Makhluk asing di kesan di Kelantan, ganjaran akan di berikan kepada sesiapa yang berjaya igak alien tersebut kerana telah di dapati 'mencuri' plak BAPOK PLAWOK sain ari tu.

Ambo tak dapat nok tulis panjang2 sbb tubik air mato nok pecoh peghut duk suko hahahhahahhaahhahah.

Babok molekkkkk :P takper nanti ambo sambung balik penceritaan secara detail :P

p/s : Green Pig curi kot :))

DAP ganti PAS @ PAS ganti DAP?

Assalamualaikum,

Seronok betul dapat hadir ke Muktamar PAS kali ke 58 di PUTIK 2 3 hari lepas.

Beberapa buku sempat ambo baca dan yg paling ambo 'geli hati' ialah buku yang berjudul
"Isu-Isu Semasa Bagi Panduan Penceramah"

Inilah kita rujukan puok2 Penceramah PAS, byk pointer2 yang menarik dan banyak yang retorik semata-mata.

Jika di bandingkan dengan ucapan2 Pemimpin PAS terutamanya Ucaptama Haji Hadi yg jelas menunjukkan beliau terlalu 'TAKUT' dengan kekanda sulong dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP!

Isu HUDUD, Siapa PM jika PR memerintah, isu Tahaluf Siyasi dan macam-macam lagi amat bercelaru di kalangan puok2 PAS sendiri.

Apapun ambo harap takder la pasni puok2 PAS mencadangkan Tuan Guru Mat Sabu jadi PM :) kalu cadang jugok alamat nak m****s la gamoknyo.

Pasni nk g jale2 dengar puok2 PAS ceramah serupa ke idak ngan dalam buku dia tu :)

p/s Ambo doakan semua muslimin dan muslimat mendapat rahmat Allah, amin.

Thursday 8 November 2012

BERUK pun Sokong Pakatan???

Salam,
Apalah Ijjah ni, dah la Bapaknya bawak Pluralisma Agama dia lak nak 'merobah' agama, ish ish naik heran tul la ambo.

Kalu dah takdok isu nak cari publisiti baik korang tiru cara Exco Kambing kat Klate, lepas nak wat hiway, nak wat LRT, nak wat saluran paip gas la tu baru class.

Nurul Ijjah ni nak jadi USTAZZAH SEGERA ke?? Best gak duk dalam Pakatan Rakyat ni cakap bab agama skit suma ularmak dalam Parti Bule sokong :).

Korang ni jgn duk melampau sangat la duk nak wat mai benda pelik2 dalam Agama ni nanti tertutup hati tu, jadi lebih sesat dari menatang. Semoga kita semua di jaga Allah dari bala, aminnn.


Wednesday 17 October 2012

NIK AJIS XKABA!!!!

[artikel ini di tulis dalam loghat Kelantan, sila dapatkan penterjemah jika anda tidak faham, takut salah faham]

Pade laaaa Nik Majian kato N.Ajis 'LENGUH', patut bersara, sebabnyo N.Ajis ni xkaba gapo satu dohhhh.

Pah skagho, skagho nya bbodo ko EXCO Kambing, stak ngan Stadium Bukit Merbau, pastu Lebuhraya Rakyat pahtu Bandar Baru Dabong terbaru ni Paip Petroleum pulokkkk.

N.Ajis ni nanggung xgheti gapo skagho nah ko? Pahni nya bbodo ko EXCO Kambing pulok suh g sain BATU ASAS Paip Petroleum. Soh nya g oghe tuo tu.

Kalu ambo kato N.Ajis ni RAJA BATU ASAS pok2 demo nok murih, tapi gak nati tengok arrr.

Mustahil EXCO Kambing ni nok takel (tackle) pengundi luar hok balik ghayo, tingga bghapo haghi jah lagi.

xtau arr ambo sapo hok gong, N.Ajis ko EXCO Kambing? Nok ssuko weiiii lok :P

p/s : Bullet Train tu wat laluan kot mano weii EXCO Kambing???

Tuesday 9 October 2012

Raja Batu Asas.

Tahniah buat N.Ajis kerana sekali lagi berjaya menandatangani 'BATU ASAS' kali ini Batu Asas Bandar Baru Dabong. 

Setelah sekian banyaknya batu asas yang Nik Ajis sain, satu je dia tak sempat sain iaitu Batu Asas Stadium Bukit Merbau, kenapa???

Ambo pun masih menunggu-nunggu N.Ajis mengumumkan kenapa Batu Asas Stadium Bukit Merbau yang sepatutnya di sain sebelum Ogos 2012 hingga kini belum kelihatan.

Adakah kerana Stadium Bukit Merbau ni sekadar retorik atau ada tangan-tangan ghaib yang cuba menghalangnya? 

Apapun alasan, pandangan dan tipuan yang cuba di buat ambo berbesar hati kalu N.AJis ini di nobat BAPOK segala Penyain Batu Asas. Banyak batu asas telah di letak dan di sain oleh N.Ajis. 

p/s : AMbo tunggu nok sain batu asas LRT di Kelantan pulak pasni :) tak pun Buller Train Kelantan.





Wednesday 3 October 2012

"Umar Abdul Aziz" Minum ARAK?????

Astagfirullahal 'Azeem..
Bukanlah ambo beristigfar kerana sedih melihat Guan Eng ngan Arak, tetapi ambo istighfar kerana mengingati gelaran 'Umar 'Abdul 'Aziz di berikan kepada Guan Eng suatu ketika dulu.

Ambo harap gelaran itu buleh di tarik balik oleh pemberinya, kerana boleh mencemarkan ISLAM

Soal Setan Guan Eng nok teguk air kencing SETAN tu 121 tong sehari lantak pi arrr, tapi jangan la pulak duk samakannya ngan Pemimpin Agung Islam.

Pork-Pork PAS mungkin akan mengeluarkan statement Chua Soi Lek juga teguk air kencing setan ni, tapi kena ingat UMNO tidak pernah menyamakan dia dengan mana-mana pemimpin agung Islam.

Tatap la dengan iman di jiwa wahai umat Islam, layakkah manusia ini mendapat jolokan Umar Abdul Aziz?

Terbaru ambo dengar kabar Anuat Tan juga di kaitkan dengan isu 'membekal' air setan kepada pengundi cina di Kota Bharu, jolo ko?????

Kita tunggu laporan pasni :)

P/S : Bunyi kabar 'Ayoh Su' kuat duk teguk air setan di Golok guano gamokkkk? Buke Golok, Semerak tapi Golok Thailand :)

Tuesday 2 October 2012

Jawatan MB Kelantan & Kabinet Bayangan 2013????

[gambar ini tiada kaitan dengan bakal calon MB Kelantan]

JIKA kerajaan PAS mengekalkan kuasa di Kelantan siapakah bakal menggantikan Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar??

Apakah karektor seorang MB baru Kelantan? Perlukah dia seorang Ulama?? atau seorang Pakar Ekonomi?? Atau buleh sapa2 saja asal???

Di bawah ini ambo senaraikan jawatan-jawatan yang anda semua boleh tulong isikan... Selamat perah otak.





Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan

Ketua Kerajaan Negeri
§  Menteri Besar
§  Timbalan Menteri Besar
§   
Barisan Exco
§  Exco Tanah, Perhutanan & Sumber Asli.
§  Exco Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah & Wilayah.
§  Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan & Kebajikan.
§  Exco Perumahan, Kerja Raya, Utiliti & Alam Sekitar
§  Exco Pembangunan Islam, Pendidikan & Dakwah
§  Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO
§  Exco Kerajaan Tempatan, Pelancongan & Kesenian
§  Exco Pembangunan Usahawan, Perdagangan & Perpaduan Masyarakat
§  Exco Pembangunan Wanita, Keluarga & Kesihatan
§  Exco Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains & Teknologi
§  Exco Pertanian, Industri Desa & Teknologi

P/S : EXCO Sains dan Teknologi pasni leh tulung pikir arr nok korek bahan nuklear pulok, sebelum korek buleh baham BALAK dulu :)

Gila Nak Jadi Calon...

[gambar sekadar hiasan, tiada bersabit denge hok telah hidup ngan hok masih mati]

Di kedai-kedai kopi, stesen bas, wokaf riuh oghe duk kecek tarikh PRU13 nanti lepas bulan Januari. Ramai berpendapat PRU13 akan berlangsung selepas pembahagian BR1M 2.0 dan baucer budok sekoloh termasuk BONUS kakitange awe.

Maka timbulah satu statement hok menarik minat telingo ambo berbunyi ginih,

"abis arr duit hok gilo nok jadi calon.. nok bbuleh ko sapa maso ttemun tiko"

Saing dia pun sambung ayat tu,

"tu arr tok nnati ko Amnu, hok lek kito pun napok beghat kakloh, stagho mano hok ado loni? leh wat kigho lagi ko???"

Begitulah statement hok ambo sempat dengar, rupanya-rupanya isu calon teramat hebat. Di harap berhemahlah berbelanja, ikhlaskan niat, jange jadi GILO sudah la weiii hiiiihihihiihhi.

Selamat berusaha, pastu tawakkal la semoga Parti yang anda perjuangkan memberi manfaat kepada rakyat.

P/S : Terima kasih Kerajaan BN di atas pengumuman BR1M 2.0

Sunday 30 September 2012

Pemimpin PAS "mulut busuk!"


Dibawah ambo lampirkan beberapa tarikh dan peristiwa untuk membuktikan apakah kelakuan pemimpin PAS yang  mengamalkan tingkahlaku yang tidak boleh dijadikan contoh :-

1.Nik Aziz semasa berucap di suatu majlis di Padang Daerah Tanah Merah, Kelantan pada 7 Februari 2009 telah mengajak para hadirin beramai ramai mendoakan kehancuran dan bala kepada Perdana Menteri, dato seri Najib dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.

2. Haji Hadi Awang pernah mengeluarkan fatwa, boleh mengutuk dan menolak kejahatan ke atas orang UMNO yang dituduh zalim. fatwa tersebut terdapat dalam Harakah terbitan 5.7.1999 halaman 30, katanya :……bahawa dibolehkan berdoa supaya diturunkan bala kepada orang yang zalim….

3. Pada 8 Oktober 2009, semasa berkempen dalam PRK Bagan Pinang, Nik Azizi mengatakan UMNO Parti mengarut dan sesat kerana UMNO pisahkan politik dari agama.

4. Pada 7hb April 1983 di banggol Peradong, Kuala Terengganu, Haji Hadi mendakwa UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan parti parti bukan Islam dalam Kerajaan Barisan Nasional.

5. Mahfiz Omar mengutuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai Pencacai UMNO.

6. Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Nor Azli Musa telah mengeluarkan kata kata kesat kepada Mufti Perak dengan Gelaran “HARAMSANI”.

7. Wan Nik Wan Yusuf, Setiausaha Politik Nik Aziz dalam akhbar Harakah 7-1- Februari 2011 menghina Tun Dr Mahathir dengan Gelaran ” Si Tua Jahil”.

8. Semasa kempen PRU 12, Haji Hadi mengeluarkan fatwa parti pembangkang dibolehkan mengumpat dan mendedahkan aib orang lain dalam UMNO dan BN – Utusan Malaysia , 1 Mac 2008.

9. Haji Hadi semasa perhimpunan PAS ke 57 menggelar Ulama Pro UMNO sebagai Syaitan Bisu – Utusan Malaysia-, 6 Jun 2011.

10.  Dr Badrul Amin semasa berceramah telah mengutuk dan menggelarkan Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan Gelaran Bapak Syaitan

credit : klxpress

Wakil Rakyat PAS keluar negara 25 kali setahun????


Akhirnya terkedu la sekalian rakyat jelita jelata bila mendapat tahu mereka telah di T-POO oleh puok2 Partis Artis Songsang ni bilamana terbongkar kisah sorang Wakil Rakyat yang telah keluar Negara 25 kali setahun.

N.Ajis letih doh wi amanat supaya rakyat berjimat cermat, malah di ‘paksa’ lak menderma tapi sayang seribu kali sayang bila pork-pork (di baca pok-pok) depa suka suki menghabiskan pitis rakyat Kelantan untuk ber’enjoy’ di luar Negara.

Apakah N.Ajis membuta dan tulikan pancainderanya???  Apakah N.Ajis sekadar Pokko Hangguk???? Sama-samalah kita tunggu khabar seterusnya pasni, ikuti sambungan akan datang, kita pakat bongkar ke’gila’an pork-pork ni meliwat duit rakyat. 

Friday 3 August 2012

Perletakkan BATU ASAS di TAPAK STADIUM BUKIT MERBAU

Akhirnya, tarikh 1 Ogos 2012 menjadi saksi, sorang nesio hok suka PLAWOK telah mendapat gelaran yang sepatutnya dia dapat!.

BAPOK PLAWOK (Bapa Pembohong) satu anugerah khas buat si Polan yang telah menipu rakyat Kelantan.

Banyak sudah pembohongan yg di buat, terkini Perletakkan Batu Asas Stadium Bukit Merbau yang di janjikan pada Julai 2012. Tetapi itu semua bohong!

Ingatlah bahawa pembohong ini termasuk dalam golongan MUNAFIK!. Kalu si polon dan juak2nya berani memfatwakan macam2 hukum termasuk mengkafirkan sesama Islam, maka semua yg di luahkan nya terkena batang hidung nya sendiri.

Di bawah ni byk lagi janji-janji Puok Mala'un nih tak tunaikan... maka layak benarlah ketua mereka di gelar BAPOK PLAWOK!!!!

Maka sebagai rakyat Klate, ambo terpaksa dedahkan kemunafikkan puok2 PAS ini.

Insyallah, pasni ambo akan dedahkan pulak bagaimana sekumpulan Juok2 PAS yg kalah pemilihan hari tu cuba menjatuhkan sesama mereka sendiri.

Bagi pembaca yg berstatus atas pagar or pengundi baru, keputusan di tangan anda. Undi la pilihan anda, buat keputusan yg menguntungkan anda dan orang ramai. Terima Kasih.

Saturday 28 July 2012

Unsur Kristian dalam Pakatan Rakyat?

Dua isu yang di mainkan di 2 negeri (Kelantan dan Selangor) Di Kelantan simbol R menjadi fitnah terbesar yg hangat di perbahaskan, manakala di Selangor pulak isu logo dan nama baru Talam Corp. Bhd.

Sekali imbas seolah-olah ada jarum halus mula menjarah negara ini bila kedua-dua isu ini ada simbol Kristian

Trinity Corp Bhd jelas dan tak boleh di nafikan lagi mmg ada unsur Kristian. Cuma di Kelantan ada yang tak reti nak buat simbol "R" sehingga tersasul menjadi simbol Salib!

Apakah ini di kira kesalahan tidak di sengajakan? Apakah kita inginkan amalan ini menjadi budaya dalam masyarakat Melayu (Islam) pada hari ini? Atau mmg kita redha dengan agama Kristian?

Di harap pasni takde la ilham nak guna simbolik jari bersilang pulak dalam bertafakur puok2 Pakatan Haram ni.

Kalu sebelum ni, banyak dah ketelanjuran puok2 ni, sama2 la kita ambik iktibar, Semoga ISLAM terus kukuh di Malaysia di bawah pentadbiran Barisan Nasional, amin.

Sunday 22 July 2012

Nik Aziz akan di label PLAWOK lagi seminggu

Salah siapa? Itulah patut kita tanya pada puok2 PAS. Mula2 janji nak buat bulan MAC (Sinar Harian) pastu nak letak batu asas pulak bulan JULAI (Purnama)

Adakah Nik Aziz tidak tahu menahu akan hal ini? Adakah Husam memandai je buat statement?

Jika Nik Aziz tidak tahu maka sudah tiba masanya beliau LETAK JAWATAN!

Jika Husam memandai maka selayaknya beliau ganti Nik Aziz jadi Menteri Besar,

TETAPI, jika Nik Aziz tau, maka selayaknya NIK AZIZ di gelar BAPA PLAWOK kerana 2 kali tipu dah rakyat Kelantan dalam isu Stadium Bukit Merbau.

Di sini, Nik Aziz masih mempunyai masa sehingga 1 Ogos 2012 sebelum beliau di gelar BAPA PLAWOK.

Saturday 21 July 2012

Wajah Nik Aziz di Internet - 18PL

Artikel ini mungkin mengundang kemarahan puak2 PAS. Tetapi inilah hakikatnya, jika 4 tahun dahulu tidak ada satu pun gambar begini di internet. Kenapa???

Mungkin dulu tidak ramai mereka yg betul2 bencikan kerana watak NikAziz ketika itu bersih. Tetapi semenjak dua menjak ini, ramai yg marah kpd Nik Aziz, alasan? Berkawan dgn DAP, tadbir urus yg lemah, janji tak di tepati, dan macam2 lagi.

Mungkin anda penyokong PAS, tetapi tahukah anda kini ramai yg sudah berani mengkritik, malah menghina Nik Aziz sehinggakan tiada lagi pembela-pembela Nik Aziz di internet bila Nik Aziz di perlakukan sedemikian. Kenapa?

Jika di buat carian di Google maka bermacam-macam yg anda tidak pernah lihat 4 tahun lepas. Cuba lah membuat carian ADUN PERUPOK di Google. Pesanan buat penyokong PAS, jika anda betul2 sokong PAS kerana dasar Islamnya maka LAKSANAKANLAH HUDUD SEBELUM PRU13 INI. SAYA MENYOKONG HUDUD!!!!

Tuan Guru Mat Sabu Makan BABI????


Terkejut ambo bila ada blog2 memuatkan bahawa Tuan Guru Mat Sabu pernah mengungkapkan kata2

"Saya sanggup makan babi dengan Lim Guan Eng, dari makan ayam dengan Najib"

Betapa hinanya ucapan Tuan Guru Mat Sabu. Timbul persoalan di benak pikiran ambo, pernah ke TUan Guru Mat Sabu makan babi?

Apa komen 2 org Tuk Guru Kedai Lalat n Tuk Guru Tepi Pantai? Takkan diorang ni terkena sindrom "TAK TAHU"??

Apa pun ambo harap benda begini perlu di hindari, buat Tok Guru Mat Sabu bertobat la yer sbb pasni Tok Guru Mat Sabu bakal jadi PRESIDEN PAS atau MURSYIDUL AM PAS.

Projek BATU ASAS PAS

Puok2 PAS mula meroyan bila dekat nak raya, diorang belu lagi sempat menyiapkan batu2 asas untuk di rasmikan oleh Tuan Guru Nik Ajiz.

Bila time nak raya ramai rakyat Kelantan akan balik beraya, so cam biasa PAS akan mula buat program2 rasmi batu asas dan baiki papan tanda.

Harapan PAS bila rakyat Kelantan kelih signboard tu maknanya PAS Kelantan buat kerja la :) padahal satu habuk pun lom siap.

Takper la, lama kelamaan setiap inci pembohongan puok PAS di Kelantan akan di zahirkan, buat masa ni bagi la peluang kat Mala'un2 PAS tu nak tipu rakyat, bagi la depa masa nak tipu duit rakyat, buat la janji syurga dan neraka demi kepentingan parti PAS yg pastinya semua ini akan terbongkar.

Ambo sokong HUDUD di jalankan di Kelantan sebelum PRU13 nanti :) so Nik Aziz boleh ar berkira-kira nak merasmikan Batu Asas HUDUD Kelantan pasni. Satu lagi projek terbaru PAS di Kelantan.

Sunday 8 July 2012

Borang Suurga PAS??

Nak pecah perut ambo tergelak :) Ada gak la yg bangang gi buat Borang Suurga PAS. Adehh tak sungguh tak kata, ni la hasil korang duk jaja Syurga Neraka, kan dah ada yg buat borang :P

Ish ish ish, aku risau la ngan puok2 PAS ni, ada sorang pemimpin PAS dah nasihatkan jgn duk terlalu meroyan duk nak merapas tahta Negara dari BN, kena igt tujuan penubuhan PAS.

Tapi kalu aku nasihat pun korang sah tak pakai. :) korang just reti mengata, mengeji, mengkafirkan sesama muslim je.

Oh ya, Stadium Bukit Merbau bila nak siap? Jangan nanti aku bg gelaran BAPA MUNAFIK lak kat ketua korang tu. Erm jgn lupa donwload borang ni yer :P

Saturday 7 July 2012

15,000 hadir ceramah PAS di Selising, Pasir Puteh, Kelantan

Tahniah PAS Pasir Puteh kerana telah menjemput Kadiq Syeikh Padzir ke Selising, Pasir Puteh. Ambo terkejut dengan kehadiran manusia yg berpusu-pusu. Ucapan Kadiq yang penuh bersemangat sehinggakan hadirin bangun tidak berganjak (tengok video)

Ambo yakin jika Datok Seri Najib tgk video ni tak lena malam :). Harap2 la PM kita tgk video ni. Ini lah salah sorang Menteri yg kuar UMNO kerana sebab yg ambo pun tak tau kenapa.

So pakat tengok la sendiri video ni dan nilailah sendiri :) Kecek banyok takdok guno. Wasalam


Wednesday 4 July 2012

Hayyaa, akhirnya PAS sulah takut sama itu DAP maaa, Negala Islam sulah hapus dalam itu sulat lasmi PAS.

Puok2 PAS sulah meloyan maaa, ini sulat puok2 PAS juga yg edar di internet. Wa manyak kasian sama PAS, idung sulah kena cucuk sama itu DAP maaaa

Ini sulat kerah lakyat pigi demo pulak! itu Menteli Besar talak buat keluar patwa ke? Talak wajib ke hadir ini demo? Waahghgg kena pakai baju olen maaa, itu hali baju kuning ini baju olen pulak :P

Apa-pun wa mau ucap tahniah la kat si polan yg belani buat keluar ini sulat :) ada banyak lagi sulat lu mesti buat keluar.

Monday 28 May 2012

VIDEO JAMBAN!!! CEPAT TENGOK SEBELUM DI "BANNED"


gambar sekadar hiasan

Saksikan VIDEO JAMBAN terbaru sebelum video ini di "banned" kan oleh Youtube! 

Sebarang komen amat di alu2kan




LIVE : Percubaan sedang di jalankan

Kami sedang menguji beberapa alatan teknikal persediaan untuk penyiaran siaran langsung. Insyallah pada bulan Jun nanti kami akan menyajikan kepada anda Siaran Langsung (LIVE) setiap program pilihan.

Pastikan anda tidak ketinggalan dan sentiasa melayari laman blog kami untuk mengetahui berita terkini

Kini anda berpeluang mengikuti program-program di mana sahaja anda berada tanpa perlu hadir (jika keuzuran).

Gambar sekadar hiasan

SIARAN LANGSUNG

Kini anda berpeluang mengikut siaran langsung di blog ambo. Siaran langsung ini akan di maklumkan terlebih dahulu siarannya di blog ini, contohnya seperti berikut:

Program : Ceramah Isu-Isu Semasa
Tarikh : 28 Mei 2012
Masa : 9.30 malam
Tempat : Dewan orang ramai, Cherang Ruku (LIVE)

Apa yang perlu anda buat just klik PLAY bila dah tiba masanya :) selamat menonton. Terima kasih.

PAS khianati bangsa sendiri!


Terkejut juga tadi bila baca kenyataan yg di buat oleh sahabat ambo ini, kenyataan yg terbuka dan berani.

Ambo tidak terkejut soal bayaran kepada seorang Cina, tetapi ambo hairan kenapa PAS suka buat kerja tergesa-gesa. sebelum ni takde la pulak nak pikir pasal pembangunan tup-tup dkt dgn PRU byk la pulak projek super-mega mereka.

Apakah projek pembinaan Pasar Besar Pasir Puteh ini berkonsepkan Pasar Rakyat? Kena kutip derma lagi ke? Atau tunggu nak cari tanah-tanah kosong nak 'tukar' dgn kontraktor yang akan buat Pasar Besar tersebut?

Apapun kita akan bongkar setiap perbuatan PAS yg sentiasa mengkhianati Rakyat Kelantan!

DENGAR CITER ADA 'ORANG' DAPAT KOMISEN DARI URUSNIAGA TU, TUL KE :)

Sultan Kelantan tidak di jemput?

Pelik lagi heran, jika 19 tahun dahulu KDYMM Tuanku Ismail Petra, Sultan Kelantan pada masa itu merasmikan perletakan batu asas Jambatan ke-3 Kelantan di Palekbang Tumpat.

Tapi pada hari ini, sebuah projek bertaraf super-mega Lebuhraya Rakyat Kelantan tanpa tol tidak pula di rasmikan oleh KDYMM Tuanku Faris Petra, Sultan Kelantan sekarang.

Apakah PAS 'malu' untuk menjemput KDYMM Tuanku Sultan? Atau PAS ada muslihat lain?

Rata-rata mengatakan bahawa perletakkan batu asas lebuhPILIHANraya tersebut ada kaitan dengan memancing undi dan mengaut keuntungan. Benarkah?

ATAU... PAS SUDAH MENJANGKA BAHAWA BATU ASAS LEBUHRAYA AKAN MENERIMA NASIB YANG SAMA SEPERTI BATU ASAS JAMBATAN PALEKBANG?

Gosip Panas! : Pemimpin bawak budak pompuan

Belum sempat ambo menghabiskan milo suam sudah mendapat jawapan Parti mana yang menang di setiap DUN dan Parlimen seluruh Kelantan. Hebat tul org Kelantan berpolitik.

Ambo tabik dekat semua 'penghuni' kedai2 kopi seluruh Kelantan, kerana mereka la ambo mendapat berita yang tak di siarkan dalam mana2 media.

Gosip terbaru seorang Pemimpin Parti ehem ehem ehem bawa budak pompuan, hantar balik kul 2 pagi, mungkin sebagai balasannya di berikan payung untuk berniaga. Siapa? si polan tu cakap mano buleh ghoyakkkk !

Ceramah musim hujan, sengaja @ nak habiskan bajet?

Boleh di katakan setiap malam hujan akan turun, yg menghairankan ambo, puak PAS ni berani buat ceramah.

Adakah bg mereka x kesah cuaca camana? Siapa yg di tumpukan dalam ceramah? Apa kesan slps ceramah?

Atau PAS mmg sengaja nak kasitau program di byk?Maklumlah poster dan banner memenuhi setiap tiang lampu.

Atau PAS terpaksa menghabiskan budget yg terlalu byk sblm PRU?Ada yg dpt untung.

Atau PAS mmg xreti nk merancang? Pakat renung nanti kita diskus. Wasalam

CERPEPOL

Salam,
Terima kasih kerana anda sudi juga menjenguk blog baru ambo ini.
Blog ini mungkin berbeda dari blog2 yg lain.
Di sini anda akan dapat membaca CERPEPOL atau nama penuhnya

CERITA PENDEK POLITIK

Ceritanya pendek tapi bermaklumat. Selamat melayarinya di lain kali, Wasalam