Wednesday 30 January 2013

Kelas belajar Photoshop Anjuran #BNGomo


Assalamualaikum,
Adakah anda ingin belajar menyunting gambar?? Tak cukup duit?? Tak cukup masa?? Atau anda pencacai DAPig!!! Jom sertai kami!!!

Kali ini ambo nok ajar cara hilangkan SALIB di dinding :)
Mudah sahaja.. ikuti empat langkah di atas.. kalu tak jadi jugak ikuti langkah ke 5!!!! taraaaaa!!! Selepas selesai jangan lupa jumpa 'tokey' anda dan ambik komisen sebagai pencacai!!!!

Cara nak hilangkan PIANO??? erkkk ambo tak perasan di belah kanan tu PIANO!!! ambo ingatkan RAK letak Kitab ihihiihihi erm yang tu camna erk ..

Tunggu next episod ambo akan ajar :) Wassalam.

Friday 25 January 2013

Hikayat Minyak, Husam dan Nik Aziz...


Assalamualaikum,
Setelah sekian lama Nik Aziz memerintah Kelantan, akhirnya Husam Musa mengumumkan minyak bakal di temui di darat Kelantan!

Alhamdulillah... ramai yang mempercayai tanpa usul periksa.. lebih ramai yang gelak nak pecah perut.

Seperti biasa ambo lebih suka mendengar komen dari ahli politik di kedai kopi kerana merekalah golongan paling berbisa dalam mengolah isu dan persepsi.

"Bakpo Nik Aziz tak umum sendiri? Bakpo Huse sokmo???", tanya si polan.

"Huse kan nok jadi MB pasni!", jawab si polan [nganying]

"Hahahhaha, demo gak nganying slaluh ko EXCO J^##^*%i", balas si polan

"Tapi.. kalu Huse jadi MB munasabah jugok sbb dia jah hok ceridik dale ramai2 tok wokil tu", sambung si polan.

Begitulah perbualan pendek yang sempat ambo dengar, nama Huse bila saja di sebut terus di kaitkan dengan pelbagai projek seperti Koridor Depu, Stadium, Hiway, Jamnapari, Dinar Kelantan dan terkini Minyak atas darat!

Hebat betul manusia bernama Huse ni! Walaubagaimanapun cakap2 oghe politik mengatakan Kamarudin Jaafar (Tumpat) yang bakal menggantikan Huse. Bagaimana pulak dengan Nik Amar???

Erm nanti la ambo tulis balik sbb ambo baru buleh berita awal Februari ni PAS akan wat perjumpaan khas, desas desus nak bincang balik Tahaluf Siyasi dgn DAP dan PKR... wasalam...

Monday 14 January 2013

Bila DrMaza Menulis... artikel yang bermanfaat.


[ di petik dari Izin Bukan Bererti Redha ]

Izin Bukan Bererti Redha


Saya tidak suka terlalu berfalsafah dalam bicara. Tujuan ucapan dan ungkapan adalah untuk difahami oleh pendengar atau pembaca, bukan agar mereka bertambah pening. Pun begitu ada juga beberapa istilah yang perlu diperbetulkan, bukan kerana ingin berfalsafah tetapi kerana ia penting untuk difahami untuk mengelakkan salahfaham antara kaum muslimin. 
Antara perkara yang penting untuk dibezakan ialah ungkapan ‘izin’ dan ‘redha’. Kedua-dua perkataan ini berasal dari bahasa Arab. Apa yang kita izinkan bukan semestinya kita redha. Juga apa yang kita redha bukan semestinya kita izinkan. Juga mungkin apa yang kita izinkan itu kita redha, atau sebaliknya juga mungkin apa yang kita redha maka kita izinkan. Mengizinkan bermaksud membolehkan sesuatu itu berlaku (lihat: al-Kafawi, al-Kulliyyat, 72, Beirut: Muassasah al-Risalah). Sementara redha bermaksud suka atau kasih kepada sesuatu. Disebut al-Mahabbah wa al-Ridha atau cinta dan redha (ibid 76). 
Kita mungkin memberikan kebenaran atau memboleh sesuatu yang di bawah penguasaan kita berlaku dalam keadaan redha ataupun tidak redha. Apa yang kita izinkan bukanlah semestinya kita redha atau suka. Umpamanya jika seseorang pemerintah muslim mengizinkan bukan muslim membina rumah ibadah mereka, bukanlah semestinya bererti pemerintah tersebut meredhai kekufuran atau penyembahan selain daripada Allah.
Demikian juga apabila pemerintah tertentu mengizinkan mereka melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti minum arak atau berjudi dalam premis mereka, bukanlah bererti pemerintah tersebut telah menghalalkan arak atau judi. Keizinan itu diberikan disebabkan kerana hak-hak mereka sebagai bukan muslim dalam mengamalkan agama dan cara hidup mereka.
Pemerintah mengatur urusan rakyat dengan adil dan saksama. Keizinan atau kelulusan yang diberikan oleh pemerintah bukan menunjukkan akidahnya telah rosak atau dia telah menghalalkan yang haram. Melainkanlah jika perasaan dia itu memang redha atau dia sendiri melakukan perkara-perkara yang menunjukkan dia redha. Ketika itu barulah datang penilaian di sudut akidah.
Apa yang ingin dijelaskan bukan semestinya setiap yang diizinkan itu diredhai oleh seseorang. Saya misalkan, seorang anak yang mendesak ayahnya memberikannya kunci kereta kerana ingin keluar bersama dengan rakan-rakannya. Si ayah enggan memberi kerana bimbang anaknya tidak tahu mengawal diri apabila keluar bersama rakan.
Namun si anak terus mendesak dan bertegang dengan ayahnya sehingga menyebabkan si ayah akhirnya memberikan kunci kepada si anak. Anak ini pun keluar berjumpa dengan rakan-rakannya sambil berkata: “ayahku izinkan aku pakai keretanya malam ini”. Sementara si ayah apabila ditanya berkata: “memang saya izinkan tapi saya tidak redha, sebab dia mendesak dan saya malas bising-bising”.
Keadaan ini menggambarkan bagaimana kadang-kala keizinan diberikan tanpa keredhaan atau kerelaan. Betapa ramai wanita zaman tahu yang mengizinkan bapa mereka mengahwinkan mereka, sedangkan jantung hati mereka tidak redha.
Di samping ada keadaan di mana kita izinkan sesuatu dengan penuh redha. Juga ada keadaan di mana kita meredhai sesuatu tetapi tidak dapat mengizinkannya. Kita tidak izinkan mungkin disebabkan faktor-faktor tertentu.
Sebab itu dalam al-Quran Allah gunakan perkataan masyiah atau kehendak dan dalam masa yang sama ada perkataan redha. Manusia menjadi beriman dan kufur adalah dengan kehendak atau izin Allah. Jika Allah tidak izin atau kehendak, maka tiada satu perkara pun yang boleh berlaku di alam ini.
Namun bukan semestinya apa yang Allah izinkan berlaku itu, Allah meredhainya. Firman Allah: (maksudnya)
“Maka (fikirkanlah) adakah orang yang dihiaskan kepadanya amalan buruknya (oleh syaitan) lalu dia memandangnya baik, kerana sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan dia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Oleh itu, janganlah kamu membinasakan dirimu (Wahai Muhammad) kerana menanggung dukacita terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan” ( Surah al-Fatir, ayat 8).
Allah menyesat sesiapa yang Dia Kehendaki kerana mereka memilih kesesatan, demikian memberikan petunjukNya kepada sesiapa yang ingin memilih petunjuk. Itulah peraturan alam yang Dia Maha Pencipta lagi Maha Adil tetapkan. Dia tidak menzalimi hamba-hambaNya.
Apabila kekufuran atau kemaksiatan atau kesesatan itu berlaku bukanlah Dia redha atau sukakan kekufuran sekalipun berlaku dengan izin atau kehendakNya. FirmanNya: (maksudnya) “Kalaulah kamu kufur akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak memerlukan kamu; dan Dia tidak redha untuk hamba-hambaNya kekufuran; dan jika kamu bersyukur, Dia meredainya untuk kamu..(Surah al-Umar, ayat 7).
Maha Suci Allah untuk dibandingkan dengan makhluk. Namun untuk mendekatkan faham, demikian insan dalam hidup ini mestilah dibezakan antara keizinan dan keredhaan. Dalam perjanjian Hudaibiyyah Nabi s.a.w dan Musyrikin Quraish Mekah, baginda ingin agar kepala perjanjian itu ditulis dengan Bismillah al-Rahman al-Rahim.
Namun wakil Quraish, Suhail bin ‘Amr tidak bersetuju. Dia mahu supaya ditulis seperti kebiasaan Quraish dalam menulis perjanjian iaitu BismikaAllahumma (Dengan NamaMu Ya Allah). Nabi s.a.w bersetuju dan mengizinkannya, walaupun hakikatnya baginda tidak redha demikian. Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut:
“Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”.
Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut.
Saya jelaskan noktah perbezaan ini untuk mengelakkan tuduh-menuduh sesama umat Islam dalam banyak perkara. Isu nama Allah umpamanya, menjadi tegang dalam kalangan umat Islam sendiri sehingga ada yang tuduh menuduh dengan kufur dan sesat. Ada yang menyatakan pihak yang membiarkan penggunaan nama Allah dalam kalangan bukan Islam bererti telah redha dengan kekufuran. Maka sesiapa yang redha dengan kufur, maka dia pun turut kufur.
Kesimpulan yang seperti itu tidaklah tepat. Kita mungkin berbeza antara satu sama lain, namun jangan membuat kesimpulan yang tidak berlandaskan fakta. Umat Islam yang membiarkan Kristian menggunakan nama Nabi Isa dan Maryam di tempat ibadah mereka bukan bererti selama ini kita meredhai mereka mensyirikkan Allah dan mempergunakan nama Nabi Isa a.s. yang wajib kita imani itu.
Ini bukan soal redha atau tidak, tetapi soalnya apakah kadar hak mereka yang hendak atau boleh kita izinkan. Di situ perbincangannya. Kita mungkin boleh setuju atau tidak setuju mereka guna nama Allah. Saya tidak mahu membincang isu tersebut di sini. Namun saya tidak dapat terima untuk kita cepat mengkafirkan sesama sendiri. Kita tangani perbezaan itu dengan harmoni dan matang, bukan dengan kafir-mengkafir sesama muslim.
Hati-hati wahai pembaca, ramai orang di dunia ini yang sering memutar belitkan ayat dan kalimat orang lain, lalu menyalahtafsirkan mengikut kehendaknya supaya dia dapat menghukum orang yang dimusuhinya. Setiap kita akan berdiri di hadapan Mahkamah Allah di Hari Kiamat, maka bersikap adillah!

Isu Kalimah Allah belum selesai... :(


Assalamualaikum,
Ramai yang menganggap hari ini selesailah kemelut Kalimah Allah, tapi bagi ambo perkara ini semakin meruncing.

Jika di lihat kembali teks ucapan Hadi Awang yang berbunyi,

"Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah 'Allah' dalam AMALAN mereka, walaupun ia tidak mencapai maksud asal bahasa Al-Quran."

Ucapan ini mengundang 2 komen yang ambo pilih khas kerana ambo merasakan 2 orang ini tidak memahami secara keseluruhan maksud Hadi Awang. Ini bermakna ucapan tersebut bakal mengundang masalah yang lebih parah.

Smiley Everyday turut menyatakan kaum Siam di Kelantan sudah menggunakan kalimah 'Allah' sejak sekian lama.

Persoalannya bila? Adakah dalam AMALAN mereka?

Adakah Smiley tidak faham kenyataan Hadi Awang bahawa perkataan 'Allah' tidak boleh di terjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat?

Atau 'Allah' mana yang di gunakan oleh Kaum Siam tersebut?

Seterusnya, Tanak Kalabtu yang cukup gembira dengan kenyataan dari Hadi Awang tetapi mengharapkan supaya Hadi Awang (PAS) tidak kluk klek dengan menyatakan bahawa 'Allah' ini ekslusif utk orang Islam sahaja.

Adakah Tanak Kalabatu menyangka bahawa Hadi Awang sudah meredhai Kristian mengguna pakai kalimah 'Allah' di dalam Bible Melayu?

Atau 'Allah' mana yang yang di maksudkan akan memberkati amal soleh Hadi Awang?

Pada hari ini tersebarlah satu kenyataan rasmi dari Majlis Syura Ulama PAS (baca artikel ambo sebelumni) yang akan mengecewakan 2 orang manusia di atas tadi.

Malah Nik Aziz sendiri di lihat seolah-olah kluk klek dalam kemelut ini, menyifatkan terjemahan itu akan menimbulkan kekeliruan yang nyata!!

Siapa kelirukan siapa???

Kenapa Hadi Awang tidak memperincikan sejelas-jelasnya apa maksud  'AMALAN' dalam ucapanya. Oleh itu ambo berpandangan PAS perlu tampil menjelaskan semula tentang kalimah "Allah" kali ini mungkin bukan lagi bersama-sama PKR dan DAP, supaya PAS lebih tenang dan ikhlas. Wassalam





Sunday 13 January 2013

Air mata kegembiraan, ALLAHU AKBAR!!!!!

Assalamualaikum,
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
WalilLahilhamd

Tiada apa yang dapat ku gambarkan apabila menatap surat ini.. hanya airmata kegembiraan mengalir :)

Apakah isu ini berakhir di sini?? TIDAK!!!

Yahudi dan Nasrani sampai kiamat takkan redha dengan Islam.

Kita jangan sekadar tunggu dan lihat apa Lim Guan Eng dan sekutunya akan buat lepas ni, kita sebagai umat Islam WAJIB menjatuhkan DAP dan sekutunya yang amat biadap cuba memecahbelahkan kesatuan umat Islam di Malaysia.

Ambo tidak boleh campur tangan dalam urusan PAS, cuma mungkin ambo buleh sekadar memohon, dengan rendah hati, supaya Majlis Syura Ulama PAS sekali lagi bersidang, membincangkan 'Tahalluf-Siyasi' dengan DAP ini adakah wajar atau sudah tiba masanya PAS "menceraikan" DAP dengan talak tiga. Kalu nak ruju' balik kena "CINA BUTO" dulu :)

Alhamdulillah. :) berbaloi rasanya menulis pada hari ini dan sebelumnya, mohon Allah mengira amalan ambo ini sebagai ibadat. Walaubagaimanapun, Ya Allah berikan aku kekuatan.. untuk terus membela Agama Bangsa dan Tanahairku ini, semoga UMNO-BN kekal memerintah Malaysia.. amin

Kesilapan bacaan pada ayat ke 30 Surah Taubah :(

Assalamualaikum,
Pertama sekali maaflah kalu ambo tersilap, tidak ada apa2 tujuan selain ambo nok bagitau seluruh rakyat Malaysia bahawa telah membacalah beberapa ulama kita pada ayat ini dengan cara yang salah menurut ilmu hok Syeikh ambo talaqikan pada ambo.

Ambo juga bermohon sangat2 kalu2 ada Tok2 Guru, Ustaz2, Ahli Politik yang ada ilmu lain untuk ajor ambo pada bacaan ayat di atas jika ambo salohhhhh.

Terus pada bicara kita, perkataan 'Uzairu' 'ibnu' 2 perkataan yang wajib padanya (semasa membaca Al-Quran) di adakan 'Nun Wiqayah' <-- klik di sini, tima kasih tuan punya blog yang menerangkan ttg 'Nun Wiqayah'. Semoga tuan punya blog tersebut di muliakan Allah dan di beri ganjaran sewajarnya di dunia dan di akhirat, amin.

Maka cuba tuan-puan tengok video di bawah, di sertakan minit untuk mempercepatkan diskusi ini.

1. Dr Maza : Minit (01:07)
2. Taib Azimuddin : Minit (02:09)


Maaflah ambo tegur ikut blog, sbb ambo takut ramai lagi bila tgk vidoe ni terikut2 bacaanya yang salah, maklumlah ramai yang duk cara bahan tentang Kalimah Allah. Bagi ambo, dengan ilmu ambo yang sedikit ini ambo tidak redha sama sekali nama Allah di catatkan dalam Bible berbahasa Melayu. :( Wallahu'alam.






Thursday 10 January 2013

Kalau GOD = Allah, LORD = apa?? Allah (2) ke???

Assalamualaikum,
Di malam Jumaat hati ambo makin berduka :( kenapalah hati ini makin berkecamuk, berdosakah aku kerana tidak menyekat Hadi Awang dari menggila benarkan kalimah Allah kepada Kristian?

Ya Allah, kekuatanku hanyalah dengan menulis, ampunkan kekurangan ku ini Ya Allah...

Selepas GOD di tukar menjadi Allah akan timbul pulak persoalan siapa LORD???

Apakah akan ada pengumuman dari Hadi Awang bahawa LORD = ALLAH (2)???

Siapa LORD?? Jelas di sini
'The LORD is GOD, and He has made His light shine upon us', Psalm 118:27. Astagfirullahal'Azim... berapa Allah akan muncul lagi selepas ini :( Ya Allah berikan aku kekuatan untuk menghadapi golongan laknatullah ini.

Ambo sempat membuat beberapa carian di google maka terjumpa la satu laman yang menjawab siapa LORD. (rujuk di sini http://bibleq.net/answer/59/ )


Lord is Jesus? Lord is God? Masya-Allah, semakin bercelaru hambamu ini di buatnya. 

Mungkin ambo perlu rehat sekejap (jam 2:25 pagi) Insyallah ambo akan teruskan menentang HADI AWANG!!! Kerana dia telah melacurkan agama yang ambo anuti ini... Wasalam.

Wednesday 9 January 2013

Jangan di katakan Allah itu mendukung Anak!!

Assalamualaikum,
Ash-hadu-an-la-Ilaaha-illal-Lah, Wa-ash-hadu-anna-Muhammadar-RaasululLah.

Terpanggil mempertahankan Agama hok ambo anuti sejak lahir hingga kini dan selamanya, maka ambo ingin bertanya kepada Hadi Awang selaku Presiden PAS "Siapakah dua 'manusia' dalam gambar tersebut??"

Adakah Allah? Siapa pula si kecil itu? Adakah Anak Allah?? Masya-Allah...

Ambo cukup2 rasa terhina kerana tidak mampu menahan Hadi Awang dari membuat kenyataan pada hari itu.

Betapa kerdilnya aku Ya Allah, ampunilah dosaku kerana tidak mampu mencegah seorang manusia bernama Hadi Awang dari membenarkan kafir LaknatulLah dari menggunakan NamaMy yang Agung,

Selagi hayat ini masih ada, walau terpaksa darah menjadi cagaran aku bersumpah akan terus mempertahankan Agama suci ku ini, berilah aku kekuatan Ya Allah, laknatilah mereka yang melacurkan agamaMu yang suci ini, amin...


Tuesday 8 January 2013

WORD GOD, CAN I USE IT?


ARE U THINKING, WHAT IM THINKING?

Presiden PAS Penakut!!!!!

Assalamualaikum,
Jarang sekali ambo menulis mengenai Presiden PAS kerana bagi ambo Presiden PAS hanyalah boneka..

Tetapi selepas ambo melihat video pengumuman khas geng2 Fakatan mengenai Kalimah Allah maka ambo mula rasa mual dengan sikap Hadi Awang yang di lihat terlalu takut kepada Anwar AJ.

Kenapa Presiden PAS perlu membuat kenyataan? Adakah kerana beliau seorang 'Ulama'? Maka rakyat lebih yakin dengan kenyataan bahawa Fakatan 'melacurkan' perkataan Allah demi undi?

Kenapa Presiden PAS yang terhegeh2 membaca teks ucapan, sedangkan beliau boleh aja membuat komen bebas berdasarkan kepetahan lidahnya?

Di bawah ini ambo sajikan video betapa 'tidak beraninya' seorang Presiden Parti terhadap seorang manusia yang pernah di gelar oleh Timbalan Presiden PAS sebagai Al-Juburi!! Wasalam.\

Sunday 6 January 2013

Kafirkah Aku???

Assalamualaikum,
Kafirkah aku.. buku yang penuh kontroversi kini bertaburan di seluruh pelusuk negara, buku yang cuba di hapuskan oleh puok Parti Zalim PIS.

Bukan tajuk Buku Kafirkah Aku ingin ambo bahaskan, tapi ambo ingin kepastian dari puok2 PAS ni, adakah demo mmg suka meludah ke langit dan membiarkan ludah itu hinggap di muka anda sendiri?

Banyok perkara dah yang suatu masa dahulu HARAM bagi PAS kini HALAL pulak,

1. Berkawan dengan parti bukan Islam
2. Mempertahankan Perlembagaan Islam
3. Konsert (buka aurat)
4. dan macam-macam lagi

Apakah yang menghalalkan PAS untuk HALALkan sesuatu yang di HARAMkannya suatu masa dulu?

Apakah Ulama PAS setaraf Mujtahid Mutlaq? Atau Ulama PAS ni seolah-olah cuba mereka anutan baru?

Tapi percaya lah.. apa sahaja yang PAS buat, bagi ahlinya itu tetap tak mengapa, ada saja alasan yang di berikan oleh puok2 Ularmak mereka.

Bukan sahaja rakaman audio, malah gambar mudah sahaja di nafikan oleh mereka walaupun perkara itu benar, terkini vidoe malah pengakuan org yang hadir turut di nafikan oleh PORK2 PAS ni!

Sekarang ambo berterima kasih kepada www.pisau,net yang telah memuatnaik satu vidoe.. saksikanlah dan buatlah penilaian dengan hati yg tulus ikhlas... tonton dan sebarkanlah demi membongkarkan kemaksiatan yang di halalkan oleh PAS. Wassalam





Tuesday 1 January 2013

Nik Ajis po Mamat KKapung..... (versi Kelantan)

Assalamualaikum,

"Nik Aziz po mamat kkapung arr", kata Che Usin

"Mung kecek mmolek skit Usin weiii, wat nganying ko Tok Guru tu", balas Seman

"ooooo, kalu aku kato Nik Aziz po mamat kkapung mung maghoh, doh Nik Aziz kato Nabi po mamat kkapung tu lagu mana?", tanya Che Usin

"Huh, payohhh kecek ngan amenu po mung ni," kata Seman, sambil berlalu pergi dengan cuping telinga kuning llehe po juboh tok cha.

Erm, oghe luar pehe ko apo maksud "MAMAT KKAPUNG"? Bagi ambo mengikut 'balaghoh Klate" (kato Ostad Jemeeng) "Mamat" ni bermaksud ganti namo bagi seorang yang kelas bawah, "mamat" ini di rujuk kepada sorang yang serba "kekurangan".

Manakala "KKAPUNG" ni pulok merujuk kepada 'daghat', 'x ilir', dan memey di gunakan untuk menjatuhkan martabat sesorang.

Ini pendapat ambo kalu demo x stuju tulis blog sendiri arr :P

Bagi ambo kalu Nik Aziz kato ko Nabi Muhammad S.A.W sebagai "MAMAT KKAPUNG" maka tak salah la kalu ambo mengembalikan title mamat kkapung tu kpd Nik AZIZ, wallahu'alam.

Al-Jub^&! malukan TGH Mat Sabu :)


Assalamualaikum,
Malam besok ada ceramah PAS di Pasir Puteh, ambo tertarik dengan hastag #KL112. Ambo pun google la apa itu KL112, rupa2nya Himpunan Kebangkitan Rakyat bagi menghalang Shamsidar hadir ke mahkamah (baca di sini http://www.kualalumpurpost.net/anwar-panik-shamsidar-di-soal-di-mahkamah/)

Tetapi yang lebih menarik perhatian ambo kenapa di tulis 112? bukanya 121?? Sedangkan rakyat Malaysia memahami 112 bermaksud 1 Disember @ 11 February. Yang paling mudah di fahami adalah 121 iaitu 12 Januari :) tetapi kenapa tidak di gunakan 121?

Rupa-rupanya 121 adalah nombor yg di geruni oleh Tuan Guru Haji Mat Sabu hehehehe :) aduii sakit perut ambo duk gelak :P kena stop dulu arr tak tahan gelak hahhahahhahhahaha

wasalam.