Monday 25 February 2013

Sejam Bersama Bro Anwar Bin Ibrahim

Assalamualaikum,
Hujan tidak serik-serik lagi sejak 3 hari lepas menyebabkan banjir kilat dalam bandar Pasi Puteh, salah siapa? Salah sistem peparitan yang tak terurus la tu :).

Berkebetulan pulak Bro Anwar bin Ibrahim (selepas ini di eja BroA.B.I)akan mai petang ni kul 5 tak tahu la camna. Bermacam spekulasi dan provokasi di media maya sedang berlangsung sekarang. Pakat baca sendiri la :)

Untuk yang tak duk di Pasir Puteh bersama-sama ini ambo sertakan gamabr terkini masih panas lagi keadaan BELAKANG Masjid tempat BroA.B.I akan berceramah selama sejam.


keta-keta kecik tak berapa nak berani lalu dah jalan ni berkumngkinan akan terus naik. Kalau nak mengarung heheheh perhati la longkang kiri kanan tu :P kulit alergic rasanya makin parah la. 

Walaupun aduan banjir kilat sudah di buat kepada MDPP tapi rasanya tindakan tu takder langsung, so hari ini boleh tengok sendiri la. Ambo duk rasa pasni ada la kerahan suh cebok air hehehehe :P

p/s : Hok Jate pakai kain pelikat jange selok kain tinggi2 weiii ado hok teliur hihiiihhi

Wednesday 20 February 2013

Tok Guru dan Setan


Assalamualaikum,
PRU13 dah nak tiba, semalam dalam ceramah isu-isu semasa di Selising, Ustaz Fathul Bari sekali lagi mengulangi bahawa kita tak boleh 'kawan' dengan setan.

Beliau menjelaskan perkara tersebut dengan panjang lebar setelah di tanya oleh seorang hadirin yang mohon penjelasan berhubung kenyataan seorang Tok Guru di Kelantan yang pernah menyatakan bahawa dengan setan pun boleh berkawan.

Terdesak benar nampaknya pemimpin parti tersebut sehinggakan menghalalkan pelbagai cara demi keuntungan politik. Ambo harap tahun ni Tok Guru BO LAH WEIIII duk ssaing ngan setan. Kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Selamat mengundi buat semua rakyat Malaysia yang layak. Fikirlah parti mana yang betul2 mendaulatkan Islam, parti mana yang menepati janji dan parti mana yang membatu rakyat bukan yang PLAWOK!

Wasalam.

Tuesday 19 February 2013

Apabila 'Ulama' di pergunakan....

Assalamualaikum,
Tiada yang paling menyanyat hati daripada melihat manusia yang di gelar ulama di pergunakan oleh tangan-tangan yang berkepentingan duniawi.

Salah siapa? Apa perlu buat? Padan muka!

Pelbagai persepsi timbul akibat daripada kecelaruan tahalluf siyasi dalam pakatan pembangkang.  Jelas di sini apabila PAS di jadikan alat oleh PKR dan DAP berhubung soal Kalimah Allah maka PAS la yang paling teruk menerima tekanan, samada dari luar dan dari dalam parti itu sendiri.

Presiden PAS paling teruk menanggung 'derita' ini apabila terpaksa mengumumkan 'halal' nya kalimah Allah di gunakan oleh Kristian sebelum Majlis Syura bersidang.

Presiden PAS juga paling sedih apabila melihat sahaja Ustaz Nasha di singkirkan dari Majlis Syura.

Presiden PAS juga paling rugi apabila di akhir karier politiknya berlangsung hambar.

Presiden PAS juga paling tertekan apabila terpaksa mengumumkan PAS akan keluar dari Pakatan jika pakatan ini tidak menguntungkan MELAYU ISLAM!!

Heran betul, tetiba je Hadi Awang meng'idhofat'kan Melayu kepada Islam. Jika sebelum ini hanya perkataan umat Islam / Islam sahaja yang meniti di bibirnya tapi kenapa kini terpaksa mengucapkan perkataan MELAYU?

Apakah sokongan MELAYU semakin merosot kepada PAS?

Ya, Melayu semakin membenci PAS yang membenarkan 'kaki dan tangan'nya di ikat dan di pergunakan sesuka hati oleh manusia yang berkepentingan duniawi. Siapa mereka??

Meraka ialah manusia yang suka tikam belakang, mereka ialah si gila nak jadi PM, mereka ialah pendokong fahaman Komunis, mereka ialah PELIWAT AGAMA!

Saudaraku sekalian, selagi Hadi Awang masih mengganggukan kepalanya, mengiyakan setiap kalam DAP maka selagi itulah Melayu akan terus meninggalkan PAS. Wassalam

Monday 18 February 2013

Gempar!!! : Minyak sudah di temui di Kota Bharu!!!!

Kota Bharu, 18 Feb, Selepas jatuhnya tahik bintang dari angkas lepas di Rusia maka secara tiba-tiba terpancut keluarlah minyak dari celah-celah rekahan tanah di Kelantan.

Baru-baru ini Tok Guru Kepulauan Melaka dan Exco kambingnya telah meninjau kawasan tersebut dan mendapati minyak tersebut boleh di gunakan terus untuk kenderaan bermotor.

Minyak tersebut akan di agihkan secara percuma selepas perasmian Lebuhraya Rakyat dari Kota Bharu ke Kuala Krai yang di jangka siap 23 Mac 2013 nanti.

Tok Guru Kepualauan Melaka juga di petik menangkis segala dakyah dari Parti Janji Di Tepati yang mengatakan bahawa mustahil Stadium Bukit Merbau hanya khayalan sebaliknya Stadium tersebut sudah 97% siap tetapi apabila di tanya beliau tidak menyatakan di mana tempatnya.

Tok Guru Kepualauan Melaka turut mengecam Tuan Guru Anak Din yang terus menerus menentang penggunaan Kalimah Allah kepada Kristian, kemungkinan besar Tuan Guru Anak Din akan di pecat dari Majlis Syuro seperti Ustaz Anak Mat Isa.

- Tidak Bernama -

Thursday 7 February 2013

Teknologi Poo ( T-POO ) Pertama di Dunia!

Assalamualaikum,
Tinggal beberapa hari lagi genap la setahun janji PAS untuk membina Stadium Bukit Merbau.

Tetapi hari ini berita mengejutkan bahawa Stadium ini akan siap dalam masa kurang 30 hari, bermakna sebelum PRU13 berlangsung stadium ini akan siap sepenuhnya!

Bagaimana ia di bina?

Teknologi baru yang telah di hasilkan oleh seorang Prof. Poo Tar Alam atau nama glamernya Huse, bukan Muse deh jangan salah sebut.

Teknologi ini di beri nama Teknologi Poo atau singkatannya T-Poo. Bagaimana ia berfungsi? Anda perlu datang sendiri untuk menyaksikannya kerana ia tidak akan di siarkan melalaui mana2 siaran telivisyen kerana akan berlaku masalah teknikal kepada kamera.

Projek T-Poo ini telah di luluskan oleh Tok Guru KePulauan Melaka, dan perletakkan batu asas di jangka akan di segerakan.

Stadium ini akan pertama kali di gunakan sebagai tempat Himpunan Kebangkitan Rakyat 121 (HKR121) dan ucaptama oleh Presiden baru Parti Angguk Semalaysia Tok Guru Mat Wan Tuwan.

Acara di jangka selesai jam 3.00 pagi, perkhidmatan keretapi laju akan di lanjutkan untuk memudahkan orang ramai balik ke rumah. Ingat jangan berzina di dalam keretapi!

Setakat ini sahaja cerita terbaru dari ambo. Wasalam.


Tuesday 5 February 2013

UMNO .. UMNO ... UMNO.. ini suma kerja UMNO!!!!

Asslamualaikum,
Riuh satu Malaysia apabila keluar gambar kononnya di satu majlis anjuran PKR ada tarian separuh bogel!

Benar atau tidak benar?

Ada yang kata BENARRRR.. siapa?? itulah oghe2 UMNO...

Ada yang kata TAK TAHU ARRR... siapa?? Golongan duit banyak, tak main politik, golongan sederhana , atau lebih mudah golongan atas pagar.

Ramai yang akan kata EDITTTTTT!!!!... siapakah mereka??? Inilah penyokong taksub DAPig!

Sebelum ni riuh pasal citer kursus kahwin dan ceramah dalam gereja ( klik di sini ) sekarang ni timbul cerita tarian separa bogel lak, ish ish ambo duk belek2 jugok internet kot2 dah ada gambar ori hiihhih tapi tak jumpa..

So bagi nok tulum Pakatang Haram yang dah kelemasan ni, mako ambo tulung arr ekjas kasi nampak gambar ori lebih 'original' dari gambar edit :P

Anda pengundi, di tangan anda ada satu je pilihan samada BN atau PAS @ DAP @ PKR! Selamat memilih parti yang menepati janji!

Janji di Tepati!, Wasalam

Kerana Sebiji Kek....


Assalamualaikum,
Nampaknya isu Kalimah Allah semakin di kelirukan oleh puok2 Pakatang Haram ni! Antara menjaga hati, dan demi undi maka PAS sekali lagi menjadi balachi kepada DAPig!

Betapa sombong dan angkuhnya manusia bernama Karpal Singh apabila dengan lantang menempelak PAS. Tetapi Nik Ajis yang termakan budi dengan sebiji kek membisu sejuto bahasa!

Erm apolah nasib kami rakyat Klate pasni :( braso bodo weii buleh Tok Wokil Blake Paghe lagu nih! Mulo soghe doh buleh gelaghe PUTA GHANGGAH napok gayo ado pulok hok nok buleh gelaghe nih! Adik kakok, ambo mitok tulung sngoti arr trik nih! kito PAKAT PAKOH DACING pulok!

Wasalam :(

Monday 4 February 2013

Kelantan : BN (1) - PAS+DAP+PKR (13)???


Assalamualaikum,
Untuk kesekian kalinya PAS terpaksa jadi balachi DAP dan PKR bila MB Bawah Pokok (MBBP) mengumumkan keputusan khayalan mereka.

Di Kelantan hanya satu (1) Kerusi je di katakan BN akan menang? Tapi di mana ya?? Jeli @ Gua Musang?? Ntah2 Pasir Puteh hihihiii.

Untuk makluman MBBP Nizar di Kelantan lerni oghe xsir blako doh ko PAS ni! Kecek Plawok! Semalam Nik Ajis maghi Selising padang kosong je. Nanti arr ambo buh gambar dale ni, (kesuntukan masa)

Untuk makluman Nizar di Kelantan Insyallah semua 14 kerusi Parlimen BN akan kuasai termasuk Kota Bharu dan Pengkalan Chepa! Oghe KB tau dohhh YB PAS hok duk bekal arak n minum arak lek GOLOK!! Oghe Pengkalan Chepa tau dohhhh Nik Ajiz PLAWOK!

Wasalam.

Sunday 3 February 2013

PRU13 COUNTDOWN : PARTI STAR ARAH PR KELUAR DARI SABAH & SURAT LAJIM!



PARTI STAR DAN DATUK DR. JEFFREY KITINGAN MEMUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN PAKATAN RAKYAT & MEMINTA PR KELUAR DARI BUMI SABAH!

Berita yang baru kami terima dari Kota Kinabalu - Parti STAR mendesak Pakatan Rakyat Keluar dari Bumi Sabah! Presiden STAR Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang juga adik kepada DSP Pairin Kitingan dalam desakannya semasa Kongres STAR di Kota Kinabalu, berkata rundingan STAR dengan Pakatan Rakyat yang diketuai Anwar Ibrahim sudah tutup. Tiada lagi kerjasama.

Di Tawau pula, beberapa Cawangan SAPP telah dibubarkan. Ketua Bahagian SAPP Tanjung Batu, Ardi Arsah, mengisytiharkan keluar dari SAPP bersama-sama dengan lebih 20 Cawangan SAPP di seluruh Tawau.

Apa sudah jadi dengan Pakatan Rakyat di Sabah???


LAJIM: SAYA MASIH AHLI UMNO, SAYA BARU TAHU SURAT-SURAT SAYA KEPADA PM NAJIB TIDAK DISAMPAIKAN OLEH SETPOL PM!
Khabarnya, Lajim Ukin sudah bersedia kembali semula ke pangkuan UMNO. Sehingga ke saat ini, Lajim masih ahli UMNO! Lajim Ukin sudah mengetahui rahsia mengapa surat-suratnya tidak sampai kepada DS Najib Tun Razak. Rupa-rupanya semua surat-surat Lajim Ukin kepada DS Najib tempohari disekat dan tidak disampaikan oleh salahseorang SETPOL PM!

Seorang orang paling kanan Lajim memberitahu kepada kami, Lajim sedih kerana surat-suratnya tidak sampai ke tangan PM! Seorang kenalan Lajim yang juga mantan Menteri Kabinet Negeri Sabah memberitahu kepada kami "Lajim akan menyertai semula BN sama ada menjelang PRU13 atau selepas PRU13".

Sumber : http://mymassa.blogspot.com/2013/02/pru13-countdown-parti-star-arah-pr.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed

Ustaz Azizan bakal di pecat dari PAS!!!!!


Assalamualaikum,
Ambo duk brasa tak lama pasni Ustaz Azizan lak di pecat dari PAS :) Insyallah.

Saturday 2 February 2013

Listen! Listen! Listen! Erkk Ko Tido?


Assalamualaikum,
Tinggal sehari lagi Program Nik Aziz dan Tuan Guru Mat Sabu di Pasir Puteh akan berlangsung. Pelbagai persiapan sedang di jalankan, kerahan telah di buat. Cuma ambo dengar pihak yang nak merakam gambar atau video akan di pantau! Jolo ko??

Kenapa? Kerana PAS risau makin banyak gambar HUDUH NIk Aziz dan Tuan Guru Mat Sabu akan di snap oleh para kameraman. Yang paling di risaukan Nik Aziz akan TIDO sepanjang program.

So ambo cadangkan kepada semua photographer bawak ler zoom lens, cap ayam pun takper :) kemungkinan abang-abang bertubuh sasa cam kat Gua Musang ari tu memenuhi Padang Selising malam esok.

Kalu leh tak yah pakai flash, bawah stand set f1.2 / 15s dah ok, leh nampak dah dalam gelap malam tu.

Ok la yer, tunggu edisi seterusnya :) Wasalam.

Friday 1 February 2013

Nik Aziz U-TURN!!!


Assalamualaikum,
Seperti biasa selesai 'ngetea' di kedai kopi penuh maklumat dalam benak kepala ini untuk ambo kongsikan bersama adik kakok tentang cerita politik setempat.

Kehadiran Nik Aziz menjadi tajuk utama perbualan, apakah mampu menenggelamkan cerita 50k kehadiran di SMK Sungai Petai semasa program 1Malaysia? Apakah tidak akan berlaku protes seperti di Gua Musang ari tu?

Apakah akan ada 3 4 buah pajero bersama abang sasa menyekat penduduk Selising yang tidak puas hati dengan janji2 PLAWOK PAS? (contoh : Stadium Bukit Merbau)

Apakah pada hari itu akan penuh dengan gerombolan NGO R yang akan 'tupe tui' ?

Semua di atas tidak menjadi persoalan besar bagi ambo sbb ambo yakin dan percaya kalu HUJAN turun biasanya Nik Aziz tidak akan hadir :)

Maka bila ambo check ramalan kaji cuaca bagi Pasir Puteh pada 4 Februari 2013 nanti keputusannya HUJAN!!!!!! (http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=3296&Itemid=1930)

Kalu huje.. pade basoh.. anok kecik tak leh keno uje... :) Maka ambo berpendapat Nik Aziz tidak akan hadir pada hari itu, Wasalam.

60 ribu di jangka hadir di Ceramah Nik Aziz!!!!


Assalamualaikum,
Ceramah Nik Aziz akan berlangsung pada 4 Feb nanti di Padang Selising. Seperti biasa cakap-cakap kedai kopi menjadi tarikan ambo :)

Semalam (31 Januari 2013) TPM baru sahaja selesai menghadiri Program 1Malaysia di Semerak, tak perlu la ambo tepek gambar di sini sebab penuh dah di media massa dan media cetak termasuk media maya. Kehadiran di anggarkan 50 ribu orang. jalanraya sesak sepanjang 10 kilometer.

Yang mengejutkan ambo bukan angka itu, tapi statement dari seorang peminum di kedai kopi menyatakan seramai 60 ribu akan memenuhi Padang Selising pada 4 Feb 2013 nanti.. erkkk terkedu gak ambo.

Ambo balik 'nengung' depan laptop wat kerja rumah skit hasil yang ambo dapat dari statement si polan tadi adalah tidak munasabah langsung :)


Baca dan fahami.. maknanya kalau la ada si polan menyatakan kehadiran pada malam itu nanti lebih dari 10,000 orang maknanya PLAWOKKKK!!!!!!  

Kenapa PLAWOK?? Sbb malam itu nanti separuh padang di jangkakan di sediakan utk peniaga :) pastu yang hadir tak duk rapat2 :). Ok kalu korang ada alasan yang munasabah 10,000 org kehadiran sila bagitau ambo :) ok, Wasalam.