Tuesday, 2 April 2013

Parlimen Malaysia dah di bubarkan :)

Assalamualaikum,
Saat dan masanya telah tiba, seluruh rakyat Malaysia yang berdaftar akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Setiap pengundi ada hak mereka, setiap pemimpin ada hak mereka dan setiap yang ada hak wajib tunaikan

Setiap parti politik akan bertungkus lumus untuk memastikan satu undi pun tidak terbazir kali ini.

Maka selaku Ahli UMNO ambo ingin menyeru semua pembaca blog ambo supaya memilih BARISAN NASIONAL pada PRU13 nanti.

Kenapa perlu menyokong BARISAN NASIONAL? Kerana kepakaran yang telah di buktikan oleh Perdana Menteri (semua Perdana Menteri Malaysia) dari Barisan Nasional telah memacu Malaysia ke arah yang lebih baik.

Barisan Nasional juga telah membuktikan ketelusan dalam pentadbirannya, walaupun di kecam, di ugut dan di fitnah dari pelbagai sudut namun Kerajaan BN terus stabil menjadi pemerintah di bumi bertuah ini.

Barisan Nasional juga melaksanakan janji-jani yang telah di janjikan, slogan JANJI DI TEPATI di cemburui oleh puak-puak yang hanya reti beretorik.

Tidak perlu ambo menceritakan keburukan Pihak Pembangkang, kenapa? Kerana anda boleh menilai sendiri  setelah heboh satu negera tentang ketirisan pentadbiran mereka di 4 buah negeri, perpecahan dalaman menyaksikan ramai yang keluar parti dan tak kurang yang di buang dari parti, dan yang terlebih meyakinkan ambo bahawa pakatan ini tidak layak memerintah Malaysia ialah MASALAH SKANDAL SEX pemimpin mereka.



Insya-Allah, PRU13 nanti BARISAN NASIONAL mampu menawan semua Negeri atau dengan kata lain memperolehi majoriti lebih dari 2/3, insya-Allah.Wassalam

Monday, 1 April 2013

Kelantan ada maksiat?

Assalamualaikum,
Ramai di kalangan rakyat Kelantan samada yang berada di Kelantan atau di luar tidak menyedari bahawa kini negeri kita sudah banyak tempat2 maksiat...

Ambo tidak mahu menyalahkan Kerajaan PAS sebab ambo dah sedar dari dulu lagi PAS tidak mampu mentadbir dengan baik...

Anda boleh membaca artikel yang pernah di tulis dalam satu blog mengenai maksiat di kelantan klik di sini 

Anda mungkin ada alasan sendiri kenapa perkara ini berlaku tapi bagi Ambo cukuplah setakat ini sahaja, PAS wajib di TUKAR kepada Kerajaan BN untuk memerintah Kelantan selepas ini.

Tidak perlu anda mencaci atau menyerang peribadi sesiapa sahaja yang membongkar kejahatan Kerajaan PAS di Kelantan, tetapi anda perlu tanya kepada Pemimpin PAS itu sendiri.

Semoga anda menyokong BN pada PRU13 nanti , Insya-Allah, Wassalam.



Sunday, 10 March 2013

Bakal Calon PAS DUN Gaal (N.32) bagi RASUAH??

Salam,
Syukur ke hadrat Allah S.W.T yang telah menggerakkan hati ini untuk melayari youtube, sehingga terjumpalah ambo video ini!

Inilah perangai puok2 PAS, duk bagi 'rasuah' RM50 ko budok2 muto...

Tuan Mazlan (seperti di maklumkan dalam channel PAS Dun Gaal) sedang asyik di rakamkan 'merasuah' budak2 muto.

Screen-shot dari channel PAS yang ambo yakin akan di padamkan pada esok hari...

Walaubagaimanapun kalau tuan-puan nak video ini boleh di download dari channel ambo :)

Ambo yakin Tuan Mazlan frust pasni sebab nama beliau terus di padamkan dari menjadi calon Gaal, kerana kealpaan dia.

Maka akan panas la kerusi N.32 DUN Gaal pasni... YB Nik Mazian di jangka mengosongkanya dan bertanding di Parlimen P.28 Pasir Puteh.

Musuh2 Tuan Mazlan boleh tersenyum lebar la pasni :) ada can la tu... Wasalam.




Monday, 25 February 2013

Sejam Bersama Bro Anwar Bin Ibrahim

Assalamualaikum,
Hujan tidak serik-serik lagi sejak 3 hari lepas menyebabkan banjir kilat dalam bandar Pasi Puteh, salah siapa? Salah sistem peparitan yang tak terurus la tu :).

Berkebetulan pulak Bro Anwar bin Ibrahim (selepas ini di eja BroA.B.I)akan mai petang ni kul 5 tak tahu la camna. Bermacam spekulasi dan provokasi di media maya sedang berlangsung sekarang. Pakat baca sendiri la :)

Untuk yang tak duk di Pasir Puteh bersama-sama ini ambo sertakan gamabr terkini masih panas lagi keadaan BELAKANG Masjid tempat BroA.B.I akan berceramah selama sejam.


keta-keta kecik tak berapa nak berani lalu dah jalan ni berkumngkinan akan terus naik. Kalau nak mengarung heheheh perhati la longkang kiri kanan tu :P kulit alergic rasanya makin parah la. 

Walaupun aduan banjir kilat sudah di buat kepada MDPP tapi rasanya tindakan tu takder langsung, so hari ini boleh tengok sendiri la. Ambo duk rasa pasni ada la kerahan suh cebok air hehehehe :P

p/s : Hok Jate pakai kain pelikat jange selok kain tinggi2 weiii ado hok teliur hihiiihhi

Wednesday, 20 February 2013

Tok Guru dan Setan


Assalamualaikum,
PRU13 dah nak tiba, semalam dalam ceramah isu-isu semasa di Selising, Ustaz Fathul Bari sekali lagi mengulangi bahawa kita tak boleh 'kawan' dengan setan.

Beliau menjelaskan perkara tersebut dengan panjang lebar setelah di tanya oleh seorang hadirin yang mohon penjelasan berhubung kenyataan seorang Tok Guru di Kelantan yang pernah menyatakan bahawa dengan setan pun boleh berkawan.

Terdesak benar nampaknya pemimpin parti tersebut sehinggakan menghalalkan pelbagai cara demi keuntungan politik. Ambo harap tahun ni Tok Guru BO LAH WEIIII duk ssaing ngan setan. Kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Selamat mengundi buat semua rakyat Malaysia yang layak. Fikirlah parti mana yang betul2 mendaulatkan Islam, parti mana yang menepati janji dan parti mana yang membatu rakyat bukan yang PLAWOK!

Wasalam.

Tuesday, 19 February 2013

Apabila 'Ulama' di pergunakan....

Assalamualaikum,
Tiada yang paling menyanyat hati daripada melihat manusia yang di gelar ulama di pergunakan oleh tangan-tangan yang berkepentingan duniawi.

Salah siapa? Apa perlu buat? Padan muka!

Pelbagai persepsi timbul akibat daripada kecelaruan tahalluf siyasi dalam pakatan pembangkang.  Jelas di sini apabila PAS di jadikan alat oleh PKR dan DAP berhubung soal Kalimah Allah maka PAS la yang paling teruk menerima tekanan, samada dari luar dan dari dalam parti itu sendiri.

Presiden PAS paling teruk menanggung 'derita' ini apabila terpaksa mengumumkan 'halal' nya kalimah Allah di gunakan oleh Kristian sebelum Majlis Syura bersidang.

Presiden PAS juga paling sedih apabila melihat sahaja Ustaz Nasha di singkirkan dari Majlis Syura.

Presiden PAS juga paling rugi apabila di akhir karier politiknya berlangsung hambar.

Presiden PAS juga paling tertekan apabila terpaksa mengumumkan PAS akan keluar dari Pakatan jika pakatan ini tidak menguntungkan MELAYU ISLAM!!

Heran betul, tetiba je Hadi Awang meng'idhofat'kan Melayu kepada Islam. Jika sebelum ini hanya perkataan umat Islam / Islam sahaja yang meniti di bibirnya tapi kenapa kini terpaksa mengucapkan perkataan MELAYU?

Apakah sokongan MELAYU semakin merosot kepada PAS?

Ya, Melayu semakin membenci PAS yang membenarkan 'kaki dan tangan'nya di ikat dan di pergunakan sesuka hati oleh manusia yang berkepentingan duniawi. Siapa mereka??

Meraka ialah manusia yang suka tikam belakang, mereka ialah si gila nak jadi PM, mereka ialah pendokong fahaman Komunis, mereka ialah PELIWAT AGAMA!

Saudaraku sekalian, selagi Hadi Awang masih mengganggukan kepalanya, mengiyakan setiap kalam DAP maka selagi itulah Melayu akan terus meninggalkan PAS. Wassalam

Monday, 18 February 2013

Gempar!!! : Minyak sudah di temui di Kota Bharu!!!!

Kota Bharu, 18 Feb, Selepas jatuhnya tahik bintang dari angkas lepas di Rusia maka secara tiba-tiba terpancut keluarlah minyak dari celah-celah rekahan tanah di Kelantan.

Baru-baru ini Tok Guru Kepulauan Melaka dan Exco kambingnya telah meninjau kawasan tersebut dan mendapati minyak tersebut boleh di gunakan terus untuk kenderaan bermotor.

Minyak tersebut akan di agihkan secara percuma selepas perasmian Lebuhraya Rakyat dari Kota Bharu ke Kuala Krai yang di jangka siap 23 Mac 2013 nanti.

Tok Guru Kepualauan Melaka juga di petik menangkis segala dakyah dari Parti Janji Di Tepati yang mengatakan bahawa mustahil Stadium Bukit Merbau hanya khayalan sebaliknya Stadium tersebut sudah 97% siap tetapi apabila di tanya beliau tidak menyatakan di mana tempatnya.

Tok Guru Kepualauan Melaka turut mengecam Tuan Guru Anak Din yang terus menerus menentang penggunaan Kalimah Allah kepada Kristian, kemungkinan besar Tuan Guru Anak Din akan di pecat dari Majlis Syuro seperti Ustaz Anak Mat Isa.

- Tidak Bernama -

Thursday, 7 February 2013

Teknologi Poo ( T-POO ) Pertama di Dunia!

Assalamualaikum,
Tinggal beberapa hari lagi genap la setahun janji PAS untuk membina Stadium Bukit Merbau.

Tetapi hari ini berita mengejutkan bahawa Stadium ini akan siap dalam masa kurang 30 hari, bermakna sebelum PRU13 berlangsung stadium ini akan siap sepenuhnya!

Bagaimana ia di bina?

Teknologi baru yang telah di hasilkan oleh seorang Prof. Poo Tar Alam atau nama glamernya Huse, bukan Muse deh jangan salah sebut.

Teknologi ini di beri nama Teknologi Poo atau singkatannya T-Poo. Bagaimana ia berfungsi? Anda perlu datang sendiri untuk menyaksikannya kerana ia tidak akan di siarkan melalaui mana2 siaran telivisyen kerana akan berlaku masalah teknikal kepada kamera.

Projek T-Poo ini telah di luluskan oleh Tok Guru KePulauan Melaka, dan perletakkan batu asas di jangka akan di segerakan.

Stadium ini akan pertama kali di gunakan sebagai tempat Himpunan Kebangkitan Rakyat 121 (HKR121) dan ucaptama oleh Presiden baru Parti Angguk Semalaysia Tok Guru Mat Wan Tuwan.

Acara di jangka selesai jam 3.00 pagi, perkhidmatan keretapi laju akan di lanjutkan untuk memudahkan orang ramai balik ke rumah. Ingat jangan berzina di dalam keretapi!

Setakat ini sahaja cerita terbaru dari ambo. Wasalam.


Tuesday, 5 February 2013

UMNO .. UMNO ... UMNO.. ini suma kerja UMNO!!!!

Asslamualaikum,
Riuh satu Malaysia apabila keluar gambar kononnya di satu majlis anjuran PKR ada tarian separuh bogel!

Benar atau tidak benar?

Ada yang kata BENARRRR.. siapa?? itulah oghe2 UMNO...

Ada yang kata TAK TAHU ARRR... siapa?? Golongan duit banyak, tak main politik, golongan sederhana , atau lebih mudah golongan atas pagar.

Ramai yang akan kata EDITTTTTT!!!!... siapakah mereka??? Inilah penyokong taksub DAPig!

Sebelum ni riuh pasal citer kursus kahwin dan ceramah dalam gereja ( klik di sini ) sekarang ni timbul cerita tarian separa bogel lak, ish ish ambo duk belek2 jugok internet kot2 dah ada gambar ori hiihhih tapi tak jumpa..

So bagi nok tulum Pakatang Haram yang dah kelemasan ni, mako ambo tulung arr ekjas kasi nampak gambar ori lebih 'original' dari gambar edit :P

Anda pengundi, di tangan anda ada satu je pilihan samada BN atau PAS @ DAP @ PKR! Selamat memilih parti yang menepati janji!

Janji di Tepati!, Wasalam