Sunday, 26 April 2015

PASMA Kempen Jatuhkan Hadi di Rompin

DAgak terkejut bila PASMA umum bantuan jentera di Permatang Pauh tetapi tidak di Rompin sedangkan calon PAS bertanding di Rompin.

Sumber menyatakan melihat pro-PASMA di Rompin tetapi hanya berborak ttg Pemilihan Parti Jun nanti, tiada usaha bantu kempen.

Amat menyedihkan bila PASMA sengaja menimbulkan kemarahan pengundi di kawasan Felda dengan membuat fitnah berkaitan isu FGV, isu generasi felda dan paling keji adalah menghina kawasan pengundi di Felda boleh di beli dgn hanya RM20.

Kempen kotor PASMA di Rompin seolah2 ingin menjatuhkan Presiden PAS dalam pemilihan nanti.

Friday, 24 April 2015

Geng Anti-ULAMA PAS tinggalkan Rompin

PRK Rompin akan menyaksikan PAS bergerak sendirian tanpa rakan dr PKR dan DAP yg membantu... lebih parah bila Geng PASMA, Anwarinas dan geng Profesional turut memulaukan kempen di sini.

Pengundi Rompin mengesan kumpulan yg di gelar JEBON (Jemaah Buat Onar) ini lebih tertarik utk berkempen di Permatang Pauh yg menjanjikan ghanimah yg banyak.

Utk mengaburi ahli PAS di sini maka di hantarnya sorang dua geng JEBON utk berceramah ntah apa2 di sini. Seolah2 jasad terzahir tapi minda melayang di Negeri taklukan DAP sana.

Pendirian mereka belum disahkan samada sokong hudud atau tidak... itu harapan pengundi PAS di Rompin yg turut malu bila selama ini mereka seolah2 ter'candu' dengan isu tersebut.

Sayangnya dalam ceramah puak JEBON tidak disebut bahawa perjuangan PAS selama ini utk melaksanakan hudud akan diteruskan. Apakah PASMA betul2 akan menggantikan PAS slps muktamar nanti?

Sokong PARTI yg sokong HUDUD

Buat pengundi di Permatang Pauh khususnya, "fatwa" jelas mewajibkan anda menyokong calon BN jika Pakatan Rakyat meletakan calon PKR atau DAP.

Ini jelas kerana BN menyokong hudud. Manakala bg pengundi di Rompin yg "aula" (priority) antara calon BN dan PAS anda perlu buat perbandingan.

Apakah calon PAS mampu meningkatkan kesejahteraan di Rompin? Mampukah PAS meneruskan pembangunan yg tertangguh selepas mantan JJ meninggal?

Jika soalan di atas jawapannya TIDAK maka calon BN lebih layak di beri undi.

Thursday, 23 April 2015

DAP Taja Mat Sabu....?

Hari ni jalan2 kat Kratong 2 minum2 tea ngan kawan yg baru sampai dari Kelantan. Tengah2 syok ada org wat mai buku ni.

Isinya cam biasa la mesti memburukan DAP... parti komunis laaa. Parti pelampau laaa.... Parti kroni laaa... tiba2 kawan saya bertanya kepada saya

"Ngko rasa DAP ni taja sapa dalam PAS?"

Termenung jugak saya seketika... cuma yang terlintas di benak ini satu nama je yg familiar ngan DAP...

"TUAN GURU MAT SABU," jawab saya

Dia pun segera mencelah

"Aku pasti Tuan Ibrahim kalah lawan Mat Sabu!" Yakin jawabnya

Selesai minum saya terus start kereta balik ke Muadzam sambil memikirkan ada logiknya cerita tadi.

CALON RAKYAT

Tiada protokol utk rakyat dekati beliau..  dihormati kawan dan lawan. Pengalaman saya sewaktu hadir buat liputan terkejut dgn reaksi spontan calon rakyat.

Banyak mendengar dari cakap... itu yg rakyat mahukan bukannya jenis pandai cakap tapi kerja xbuat.

Pihak lawan sendiri akui beliau sorang yg warak..jaga solat dan tak suka cakap buruk. Kalau inilah sikap seorang calon maka apa lagi rakyat Rompin mahu?

Wednesday, 22 April 2015

DANA...DANA... MASUK POKET

Dengan suhu hampir 40°c semalam anak2 kecik dipaksa berpanas atas nama perjuangan.

Hairan.. kenapa hanya penyokong je yang bawak anak kecil? Pemimpin2 mereka di bawah khemah berkipas xder anak ke? Atau anak mereka tak tahan panas. 

Atau pemimpin PAS hanya reti kutip DANA dari poket2 rakyat? Tanpa audit..tanpa memaklumkan jumlah... entah sapa tadbir duit tu...tapi istilah perjuangan mengaburi mata penyokong mereka.

Tidakkah penyokong PAS sedar dalam parti mereka ada BARUA.. ada Geng Anti-Ulama..dan macam2 tapi kenapa masih percaya kepada golongan begini?

Fikir2kan lah...

MB Kelantan tiada harga di mata PASMA

"Melukut di tepi gantang" amat sesuai utk situasi ini... begitu dasyat sekali penangan puak PASMA yang amat benci kpd kepimpinan PAS skrg ini.

Apalah salah kiranya jika Suhaizan Kayat turun dari pentas bagi menghormati seorang ulama bertaraf Mentei Besar utk naik pentas meraikan calon PAS.

Nampak gaya PRK Rompin bakal menyaksikan medan kempen puok Anwarinas + PASMA + Profesional mengkuburkan geng Ulama dalam PAS

AHMAD AWANG PRESIDEN BARU PAS

Sekian lama menyepi akhirnya PAS bakal menghadapi tsunami apabila jawatan Presiden bakal dicabar.

PRK Rompin bakal menyaksikan team anti-Ulama mula mempromosikan calon mereka bagi menjatuhkan Tuan Guru Hadi Awang

Geng Anti-Ulama menyelinap diseluruh Rompin bertemu petugas PAS di sini mencanang betapa lemahnya Presiden sekarang.

Sunday, 6 April 2014

Private Bill HUDUD

Betapa sedihnya ambo bila baca muka surat ni :'(

SIAPA MEMPERMAINKAN HUDUD SEBENARNYA??