Sunday 30 September 2012

Pemimpin PAS "mulut busuk!"


Dibawah ambo lampirkan beberapa tarikh dan peristiwa untuk membuktikan apakah kelakuan pemimpin PAS yang  mengamalkan tingkahlaku yang tidak boleh dijadikan contoh :-

1.Nik Aziz semasa berucap di suatu majlis di Padang Daerah Tanah Merah, Kelantan pada 7 Februari 2009 telah mengajak para hadirin beramai ramai mendoakan kehancuran dan bala kepada Perdana Menteri, dato seri Najib dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.

2. Haji Hadi Awang pernah mengeluarkan fatwa, boleh mengutuk dan menolak kejahatan ke atas orang UMNO yang dituduh zalim. fatwa tersebut terdapat dalam Harakah terbitan 5.7.1999 halaman 30, katanya :……bahawa dibolehkan berdoa supaya diturunkan bala kepada orang yang zalim….

3. Pada 8 Oktober 2009, semasa berkempen dalam PRK Bagan Pinang, Nik Azizi mengatakan UMNO Parti mengarut dan sesat kerana UMNO pisahkan politik dari agama.

4. Pada 7hb April 1983 di banggol Peradong, Kuala Terengganu, Haji Hadi mendakwa UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan parti parti bukan Islam dalam Kerajaan Barisan Nasional.

5. Mahfiz Omar mengutuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai Pencacai UMNO.

6. Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Nor Azli Musa telah mengeluarkan kata kata kesat kepada Mufti Perak dengan Gelaran “HARAMSANI”.

7. Wan Nik Wan Yusuf, Setiausaha Politik Nik Aziz dalam akhbar Harakah 7-1- Februari 2011 menghina Tun Dr Mahathir dengan Gelaran ” Si Tua Jahil”.

8. Semasa kempen PRU 12, Haji Hadi mengeluarkan fatwa parti pembangkang dibolehkan mengumpat dan mendedahkan aib orang lain dalam UMNO dan BN – Utusan Malaysia , 1 Mac 2008.

9. Haji Hadi semasa perhimpunan PAS ke 57 menggelar Ulama Pro UMNO sebagai Syaitan Bisu – Utusan Malaysia-, 6 Jun 2011.

10.  Dr Badrul Amin semasa berceramah telah mengutuk dan menggelarkan Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan Gelaran Bapak Syaitan

credit : klxpress

Wakil Rakyat PAS keluar negara 25 kali setahun????


Akhirnya terkedu la sekalian rakyat jelita jelata bila mendapat tahu mereka telah di T-POO oleh puok2 Partis Artis Songsang ni bilamana terbongkar kisah sorang Wakil Rakyat yang telah keluar Negara 25 kali setahun.

N.Ajis letih doh wi amanat supaya rakyat berjimat cermat, malah di ‘paksa’ lak menderma tapi sayang seribu kali sayang bila pork-pork (di baca pok-pok) depa suka suki menghabiskan pitis rakyat Kelantan untuk ber’enjoy’ di luar Negara.

Apakah N.Ajis membuta dan tulikan pancainderanya???  Apakah N.Ajis sekadar Pokko Hangguk???? Sama-samalah kita tunggu khabar seterusnya pasni, ikuti sambungan akan datang, kita pakat bongkar ke’gila’an pork-pork ni meliwat duit rakyat.