Tuesday 2 April 2013

Parlimen Malaysia dah di bubarkan :)

Assalamualaikum,
Saat dan masanya telah tiba, seluruh rakyat Malaysia yang berdaftar akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Setiap pengundi ada hak mereka, setiap pemimpin ada hak mereka dan setiap yang ada hak wajib tunaikan

Setiap parti politik akan bertungkus lumus untuk memastikan satu undi pun tidak terbazir kali ini.

Maka selaku Ahli UMNO ambo ingin menyeru semua pembaca blog ambo supaya memilih BARISAN NASIONAL pada PRU13 nanti.

Kenapa perlu menyokong BARISAN NASIONAL? Kerana kepakaran yang telah di buktikan oleh Perdana Menteri (semua Perdana Menteri Malaysia) dari Barisan Nasional telah memacu Malaysia ke arah yang lebih baik.

Barisan Nasional juga telah membuktikan ketelusan dalam pentadbirannya, walaupun di kecam, di ugut dan di fitnah dari pelbagai sudut namun Kerajaan BN terus stabil menjadi pemerintah di bumi bertuah ini.

Barisan Nasional juga melaksanakan janji-jani yang telah di janjikan, slogan JANJI DI TEPATI di cemburui oleh puak-puak yang hanya reti beretorik.

Tidak perlu ambo menceritakan keburukan Pihak Pembangkang, kenapa? Kerana anda boleh menilai sendiri  setelah heboh satu negera tentang ketirisan pentadbiran mereka di 4 buah negeri, perpecahan dalaman menyaksikan ramai yang keluar parti dan tak kurang yang di buang dari parti, dan yang terlebih meyakinkan ambo bahawa pakatan ini tidak layak memerintah Malaysia ialah MASALAH SKANDAL SEX pemimpin mereka.



Insya-Allah, PRU13 nanti BARISAN NASIONAL mampu menawan semua Negeri atau dengan kata lain memperolehi majoriti lebih dari 2/3, insya-Allah.Wassalam

Monday 1 April 2013

Kelantan ada maksiat?

Assalamualaikum,
Ramai di kalangan rakyat Kelantan samada yang berada di Kelantan atau di luar tidak menyedari bahawa kini negeri kita sudah banyak tempat2 maksiat...

Ambo tidak mahu menyalahkan Kerajaan PAS sebab ambo dah sedar dari dulu lagi PAS tidak mampu mentadbir dengan baik...

Anda boleh membaca artikel yang pernah di tulis dalam satu blog mengenai maksiat di kelantan klik di sini 

Anda mungkin ada alasan sendiri kenapa perkara ini berlaku tapi bagi Ambo cukuplah setakat ini sahaja, PAS wajib di TUKAR kepada Kerajaan BN untuk memerintah Kelantan selepas ini.

Tidak perlu anda mencaci atau menyerang peribadi sesiapa sahaja yang membongkar kejahatan Kerajaan PAS di Kelantan, tetapi anda perlu tanya kepada Pemimpin PAS itu sendiri.

Semoga anda menyokong BN pada PRU13 nanti , Insya-Allah, Wassalam.