Tuesday 4 December 2012

Pengasas Doa BN KO....


Assalamulaikum,

Semalam ambo sempat menghadiri Program Hijratur Rasul anjuran "Tak Tahu" sbb ambo dengar kabar AJK Masjid mendapat 'ARAHAN' bahawa Nik Razi akan datang ceramah di Masjid Ibrahimi tu je.

Pengerusi pada malam tersebut adalah bakal calon PAS (di sebut-sebut) iaitu Tuan Sarifuddin Tuan Ismail.

[Pendapat Peribadi] Ambo merasakan Nik Razi adalah seorang yg memang 'berlapik' bila berkata-kata tiada sepatah kata pun beliau sebut BN, UMNO, DAP, PKR maupun PAS, hanya berkias sahaja.

Kuliah yang menarik menceritakan tentang Tanah, Air, Api dan Angin. 'Ghalik' jugok ambo duk dengar walaupun ada skit cubit-cubit pasal royalti, hiway-rakyat biasalaaaa, sehingga pada sesi soal jawab...

Penanya pertama soalan mengenai kedudukan si MUNAFIK dalam neraka, jawaban yang di berikan Alhamdulillah sangat 'jelira' dengan dalil dari Al-Quran.

Tetiba Pengerusi sendiri bertanyakan soalan, heran gak ambo :) seolah-olah ceramah oleh Nik Razi tadi tidak membaca 'skrip' yang perlu di lakonkannya. Soalan beliau mengenai hukum mengundi Parti Kebangsaan (tanpa di sebut nama parti tersebut, mungkin DAP kot)

"Berdosa undi parti kebangsaan", jawab Nik Razi juga tidak menyebut dengan jelas Parti mana, lalu ambo buat kesimpulan sendiri la.. HARAM UNDI DAP, sbb DAP bukan parti ISLAM!

Alhamdulillah majlis selesai dengan solat Isya di imamkan oleh Nik Razi dan doa yang di bacanya pun Alhamdulillah tidak seperti doa di Stadium Muhammad IV yang lepas. :) Wassalam.