Tuesday, 8 January 2013

Presiden PAS Penakut!!!!!

Assalamualaikum,
Jarang sekali ambo menulis mengenai Presiden PAS kerana bagi ambo Presiden PAS hanyalah boneka..

Tetapi selepas ambo melihat video pengumuman khas geng2 Fakatan mengenai Kalimah Allah maka ambo mula rasa mual dengan sikap Hadi Awang yang di lihat terlalu takut kepada Anwar AJ.

Kenapa Presiden PAS perlu membuat kenyataan? Adakah kerana beliau seorang 'Ulama'? Maka rakyat lebih yakin dengan kenyataan bahawa Fakatan 'melacurkan' perkataan Allah demi undi?

Kenapa Presiden PAS yang terhegeh2 membaca teks ucapan, sedangkan beliau boleh aja membuat komen bebas berdasarkan kepetahan lidahnya?

Di bawah ini ambo sajikan video betapa 'tidak beraninya' seorang Presiden Parti terhadap seorang manusia yang pernah di gelar oleh Timbalan Presiden PAS sebagai Al-Juburi!! Wasalam.\

Sunday, 6 January 2013

Kafirkah Aku???

Assalamualaikum,
Kafirkah aku.. buku yang penuh kontroversi kini bertaburan di seluruh pelusuk negara, buku yang cuba di hapuskan oleh puok Parti Zalim PIS.

Bukan tajuk Buku Kafirkah Aku ingin ambo bahaskan, tapi ambo ingin kepastian dari puok2 PAS ni, adakah demo mmg suka meludah ke langit dan membiarkan ludah itu hinggap di muka anda sendiri?

Banyok perkara dah yang suatu masa dahulu HARAM bagi PAS kini HALAL pulak,

1. Berkawan dengan parti bukan Islam
2. Mempertahankan Perlembagaan Islam
3. Konsert (buka aurat)
4. dan macam-macam lagi

Apakah yang menghalalkan PAS untuk HALALkan sesuatu yang di HARAMkannya suatu masa dulu?

Apakah Ulama PAS setaraf Mujtahid Mutlaq? Atau Ulama PAS ni seolah-olah cuba mereka anutan baru?

Tapi percaya lah.. apa sahaja yang PAS buat, bagi ahlinya itu tetap tak mengapa, ada saja alasan yang di berikan oleh puok2 Ularmak mereka.

Bukan sahaja rakaman audio, malah gambar mudah sahaja di nafikan oleh mereka walaupun perkara itu benar, terkini vidoe malah pengakuan org yang hadir turut di nafikan oleh PORK2 PAS ni!

Sekarang ambo berterima kasih kepada www.pisau,net yang telah memuatnaik satu vidoe.. saksikanlah dan buatlah penilaian dengan hati yg tulus ikhlas... tonton dan sebarkanlah demi membongkarkan kemaksiatan yang di halalkan oleh PAS. Wassalam





Tuesday, 1 January 2013

Nik Ajis po Mamat KKapung..... (versi Kelantan)

Assalamualaikum,

"Nik Aziz po mamat kkapung arr", kata Che Usin

"Mung kecek mmolek skit Usin weiii, wat nganying ko Tok Guru tu", balas Seman

"ooooo, kalu aku kato Nik Aziz po mamat kkapung mung maghoh, doh Nik Aziz kato Nabi po mamat kkapung tu lagu mana?", tanya Che Usin

"Huh, payohhh kecek ngan amenu po mung ni," kata Seman, sambil berlalu pergi dengan cuping telinga kuning llehe po juboh tok cha.

Erm, oghe luar pehe ko apo maksud "MAMAT KKAPUNG"? Bagi ambo mengikut 'balaghoh Klate" (kato Ostad Jemeeng) "Mamat" ni bermaksud ganti namo bagi seorang yang kelas bawah, "mamat" ini di rujuk kepada sorang yang serba "kekurangan".

Manakala "KKAPUNG" ni pulok merujuk kepada 'daghat', 'x ilir', dan memey di gunakan untuk menjatuhkan martabat sesorang.

Ini pendapat ambo kalu demo x stuju tulis blog sendiri arr :P

Bagi ambo kalu Nik Aziz kato ko Nabi Muhammad S.A.W sebagai "MAMAT KKAPUNG" maka tak salah la kalu ambo mengembalikan title mamat kkapung tu kpd Nik AZIZ, wallahu'alam.

Al-Jub^&! malukan TGH Mat Sabu :)


Assalamualaikum,
Malam besok ada ceramah PAS di Pasir Puteh, ambo tertarik dengan hastag #KL112. Ambo pun google la apa itu KL112, rupa2nya Himpunan Kebangkitan Rakyat bagi menghalang Shamsidar hadir ke mahkamah (baca di sini http://www.kualalumpurpost.net/anwar-panik-shamsidar-di-soal-di-mahkamah/)

Tetapi yang lebih menarik perhatian ambo kenapa di tulis 112? bukanya 121?? Sedangkan rakyat Malaysia memahami 112 bermaksud 1 Disember @ 11 February. Yang paling mudah di fahami adalah 121 iaitu 12 Januari :) tetapi kenapa tidak di gunakan 121?

Rupa-rupanya 121 adalah nombor yg di geruni oleh Tuan Guru Haji Mat Sabu hehehehe :) aduii sakit perut ambo duk gelak :P kena stop dulu arr tak tahan gelak hahhahahhahhahaha

wasalam.

Tuesday, 4 December 2012

Pengasas Doa BN KO....


Assalamulaikum,

Semalam ambo sempat menghadiri Program Hijratur Rasul anjuran "Tak Tahu" sbb ambo dengar kabar AJK Masjid mendapat 'ARAHAN' bahawa Nik Razi akan datang ceramah di Masjid Ibrahimi tu je.

Pengerusi pada malam tersebut adalah bakal calon PAS (di sebut-sebut) iaitu Tuan Sarifuddin Tuan Ismail.

[Pendapat Peribadi] Ambo merasakan Nik Razi adalah seorang yg memang 'berlapik' bila berkata-kata tiada sepatah kata pun beliau sebut BN, UMNO, DAP, PKR maupun PAS, hanya berkias sahaja.

Kuliah yang menarik menceritakan tentang Tanah, Air, Api dan Angin. 'Ghalik' jugok ambo duk dengar walaupun ada skit cubit-cubit pasal royalti, hiway-rakyat biasalaaaa, sehingga pada sesi soal jawab...

Penanya pertama soalan mengenai kedudukan si MUNAFIK dalam neraka, jawaban yang di berikan Alhamdulillah sangat 'jelira' dengan dalil dari Al-Quran.

Tetiba Pengerusi sendiri bertanyakan soalan, heran gak ambo :) seolah-olah ceramah oleh Nik Razi tadi tidak membaca 'skrip' yang perlu di lakonkannya. Soalan beliau mengenai hukum mengundi Parti Kebangsaan (tanpa di sebut nama parti tersebut, mungkin DAP kot)

"Berdosa undi parti kebangsaan", jawab Nik Razi juga tidak menyebut dengan jelas Parti mana, lalu ambo buat kesimpulan sendiri la.. HARAM UNDI DAP, sbb DAP bukan parti ISLAM!

Alhamdulillah majlis selesai dengan solat Isya di imamkan oleh Nik Razi dan doa yang di bacanya pun Alhamdulillah tidak seperti doa di Stadium Muhammad IV yang lepas. :) Wassalam.


Friday, 30 November 2012

DrMaza Pro PAS / UMNO?????

Assalmualaikum,

Kali ini ambo tertarik dengan seorang insan yang sering di jadikan rujukan oleh golongan politik. Teguran, komen, dan nasihat beliau sering di guna pakai oleh puok2 dalam parti PAS n UMNO.

Kali ini DrMaza telah di jemput utk menghadiri Persidangan Agung UMNO yang ke 66  (selepas ini di sebut PAU66) dan beliau telah banyak membuat 'twit' di akaun twitternya.

Kali ini ambo kutip beberapa 'twit' beliau yang ambo cukup tertarik dan pastinya puok2 PAS cuba menutup mata untuk tidak membacanya.

Twit ini menjadi pilihan ambo kerana ambo berasa cukup terharu dengan keikhlasan DrMaza menyatakan hasil titip peluh pejuang UMNO terdahulu dalam memastikan kita berada di sini pada hari ini mengecapi hasilnya.

Ambo turut berlapang dada mengakui ada kelemahan di dalam UMNO tetapi ambo cukup terharu bila terkenan jasa-jasa pemimpin terdahulu.

Walaupun UMNO di hentam dengan pelbagai kata, kutukan, cacian tapi Alhamdulillah perwakilan masih lagi waras dalam penggunaan bahasa semasa perbahasan. Terima kasih sekali lagi buat DrMaza yang turut perasan hakikat ini.

Terima kasih sekali lagi dari ambo buat DrMaza... segala teguran dan kritikan DrMaza kita perlu terima untuk menjadi yang terbaik buat rakyat. Insyallah BN akan terus relevan untuk rakyat Malaysia dan UMNO akan terus menjadi NAKHODA dalam Barisan Nasional.

Doaku buat DrMaza semoga Allah panjangkan umurnya, murah rezkinya, lapang hidupnya, dan senang hidupnya di dunia dan akhirat...amin

p/s - Al-Fatihah buat pejuang UMNO yang telah pergi menemui Ilahi, semoga roh mereka di cucuri rahmat.. amin



Wednesday, 28 November 2012

Putrajaya Syurga PAS

Assalamualaikum,

isu doa BN KO terus di perkatakan, macam2 hujjah dah pro / kontra di utarakan namun di sebalik perdebatan itu PAS sebenarnya terlalu meletakkan asas perjuangan demi habuan dunia! seolah-olah Putrajaya itulah SYURGA bagi mereka.

Berbeda dengan BN-UMNO yang masih lagi cuba menjaga hala tuju perjuangan sebenarnya demi Agama-Bangsa-Tanahair (Abata)

Apakah kerana di'rasuk' oleh SETAN DAP maka PAS berani bertindak sedemikian? Apakah kerana dana Yahudi yang bakal di salurkan kepada PAS pada PRU13 nanti menyebabkan PAS hilang akal??

Doa PAS (BN-KO) di 'bayar' balik oleh ahli UMNO supaya di satukan kembali tautan kita sesama Islam. Insyallah semoga Allah memberikan hidayah kepada kita semua semoga kita bersatu Insyallah.



Takbirrrr!!!! Allahu-Akbar


Sunday, 18 November 2012

Makhluk Asing Muncul Di Kelantan


GEMPAR!!!!! Makhluk asing di kesan di Kelantan, ganjaran akan di berikan kepada sesiapa yang berjaya igak alien tersebut kerana telah di dapati 'mencuri' plak BAPOK PLAWOK sain ari tu.

Ambo tak dapat nok tulis panjang2 sbb tubik air mato nok pecoh peghut duk suko hahahhahahhaahhahah.

Babok molekkkkk :P takper nanti ambo sambung balik penceritaan secara detail :P

p/s : Green Pig curi kot :))

DAP ganti PAS @ PAS ganti DAP?

Assalamualaikum,

Seronok betul dapat hadir ke Muktamar PAS kali ke 58 di PUTIK 2 3 hari lepas.

Beberapa buku sempat ambo baca dan yg paling ambo 'geli hati' ialah buku yang berjudul
"Isu-Isu Semasa Bagi Panduan Penceramah"

Inilah kita rujukan puok2 Penceramah PAS, byk pointer2 yang menarik dan banyak yang retorik semata-mata.

Jika di bandingkan dengan ucapan2 Pemimpin PAS terutamanya Ucaptama Haji Hadi yg jelas menunjukkan beliau terlalu 'TAKUT' dengan kekanda sulong dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP!

Isu HUDUD, Siapa PM jika PR memerintah, isu Tahaluf Siyasi dan macam-macam lagi amat bercelaru di kalangan puok2 PAS sendiri.

Apapun ambo harap takder la pasni puok2 PAS mencadangkan Tuan Guru Mat Sabu jadi PM :) kalu cadang jugok alamat nak m****s la gamoknyo.

Pasni nk g jale2 dengar puok2 PAS ceramah serupa ke idak ngan dalam buku dia tu :)

p/s Ambo doakan semua muslimin dan muslimat mendapat rahmat Allah, amin.