Sunday, 3 February 2013

PRU13 COUNTDOWN : PARTI STAR ARAH PR KELUAR DARI SABAH & SURAT LAJIM!



PARTI STAR DAN DATUK DR. JEFFREY KITINGAN MEMUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN PAKATAN RAKYAT & MEMINTA PR KELUAR DARI BUMI SABAH!

Berita yang baru kami terima dari Kota Kinabalu - Parti STAR mendesak Pakatan Rakyat Keluar dari Bumi Sabah! Presiden STAR Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang juga adik kepada DSP Pairin Kitingan dalam desakannya semasa Kongres STAR di Kota Kinabalu, berkata rundingan STAR dengan Pakatan Rakyat yang diketuai Anwar Ibrahim sudah tutup. Tiada lagi kerjasama.

Di Tawau pula, beberapa Cawangan SAPP telah dibubarkan. Ketua Bahagian SAPP Tanjung Batu, Ardi Arsah, mengisytiharkan keluar dari SAPP bersama-sama dengan lebih 20 Cawangan SAPP di seluruh Tawau.

Apa sudah jadi dengan Pakatan Rakyat di Sabah???


LAJIM: SAYA MASIH AHLI UMNO, SAYA BARU TAHU SURAT-SURAT SAYA KEPADA PM NAJIB TIDAK DISAMPAIKAN OLEH SETPOL PM!
Khabarnya, Lajim Ukin sudah bersedia kembali semula ke pangkuan UMNO. Sehingga ke saat ini, Lajim masih ahli UMNO! Lajim Ukin sudah mengetahui rahsia mengapa surat-suratnya tidak sampai kepada DS Najib Tun Razak. Rupa-rupanya semua surat-surat Lajim Ukin kepada DS Najib tempohari disekat dan tidak disampaikan oleh salahseorang SETPOL PM!

Seorang orang paling kanan Lajim memberitahu kepada kami, Lajim sedih kerana surat-suratnya tidak sampai ke tangan PM! Seorang kenalan Lajim yang juga mantan Menteri Kabinet Negeri Sabah memberitahu kepada kami "Lajim akan menyertai semula BN sama ada menjelang PRU13 atau selepas PRU13".

Sumber : http://mymassa.blogspot.com/2013/02/pru13-countdown-parti-star-arah-pr.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed

Ustaz Azizan bakal di pecat dari PAS!!!!!


Assalamualaikum,
Ambo duk brasa tak lama pasni Ustaz Azizan lak di pecat dari PAS :) Insyallah.

Saturday, 2 February 2013

Listen! Listen! Listen! Erkk Ko Tido?


Assalamualaikum,
Tinggal sehari lagi Program Nik Aziz dan Tuan Guru Mat Sabu di Pasir Puteh akan berlangsung. Pelbagai persiapan sedang di jalankan, kerahan telah di buat. Cuma ambo dengar pihak yang nak merakam gambar atau video akan di pantau! Jolo ko??

Kenapa? Kerana PAS risau makin banyak gambar HUDUH NIk Aziz dan Tuan Guru Mat Sabu akan di snap oleh para kameraman. Yang paling di risaukan Nik Aziz akan TIDO sepanjang program.

So ambo cadangkan kepada semua photographer bawak ler zoom lens, cap ayam pun takper :) kemungkinan abang-abang bertubuh sasa cam kat Gua Musang ari tu memenuhi Padang Selising malam esok.

Kalu leh tak yah pakai flash, bawah stand set f1.2 / 15s dah ok, leh nampak dah dalam gelap malam tu.

Ok la yer, tunggu edisi seterusnya :) Wasalam.

Friday, 1 February 2013

Nik Aziz U-TURN!!!


Assalamualaikum,
Seperti biasa selesai 'ngetea' di kedai kopi penuh maklumat dalam benak kepala ini untuk ambo kongsikan bersama adik kakok tentang cerita politik setempat.

Kehadiran Nik Aziz menjadi tajuk utama perbualan, apakah mampu menenggelamkan cerita 50k kehadiran di SMK Sungai Petai semasa program 1Malaysia? Apakah tidak akan berlaku protes seperti di Gua Musang ari tu?

Apakah akan ada 3 4 buah pajero bersama abang sasa menyekat penduduk Selising yang tidak puas hati dengan janji2 PLAWOK PAS? (contoh : Stadium Bukit Merbau)

Apakah pada hari itu akan penuh dengan gerombolan NGO R yang akan 'tupe tui' ?

Semua di atas tidak menjadi persoalan besar bagi ambo sbb ambo yakin dan percaya kalu HUJAN turun biasanya Nik Aziz tidak akan hadir :)

Maka bila ambo check ramalan kaji cuaca bagi Pasir Puteh pada 4 Februari 2013 nanti keputusannya HUJAN!!!!!! (http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=3296&Itemid=1930)

Kalu huje.. pade basoh.. anok kecik tak leh keno uje... :) Maka ambo berpendapat Nik Aziz tidak akan hadir pada hari itu, Wasalam.

60 ribu di jangka hadir di Ceramah Nik Aziz!!!!


Assalamualaikum,
Ceramah Nik Aziz akan berlangsung pada 4 Feb nanti di Padang Selising. Seperti biasa cakap-cakap kedai kopi menjadi tarikan ambo :)

Semalam (31 Januari 2013) TPM baru sahaja selesai menghadiri Program 1Malaysia di Semerak, tak perlu la ambo tepek gambar di sini sebab penuh dah di media massa dan media cetak termasuk media maya. Kehadiran di anggarkan 50 ribu orang. jalanraya sesak sepanjang 10 kilometer.

Yang mengejutkan ambo bukan angka itu, tapi statement dari seorang peminum di kedai kopi menyatakan seramai 60 ribu akan memenuhi Padang Selising pada 4 Feb 2013 nanti.. erkkk terkedu gak ambo.

Ambo balik 'nengung' depan laptop wat kerja rumah skit hasil yang ambo dapat dari statement si polan tadi adalah tidak munasabah langsung :)


Baca dan fahami.. maknanya kalau la ada si polan menyatakan kehadiran pada malam itu nanti lebih dari 10,000 orang maknanya PLAWOKKKK!!!!!!  

Kenapa PLAWOK?? Sbb malam itu nanti separuh padang di jangkakan di sediakan utk peniaga :) pastu yang hadir tak duk rapat2 :). Ok kalu korang ada alasan yang munasabah 10,000 org kehadiran sila bagitau ambo :) ok, Wasalam.

Wednesday, 30 January 2013

Kelas belajar Photoshop Anjuran #BNGomo


Assalamualaikum,
Adakah anda ingin belajar menyunting gambar?? Tak cukup duit?? Tak cukup masa?? Atau anda pencacai DAPig!!! Jom sertai kami!!!

Kali ini ambo nok ajar cara hilangkan SALIB di dinding :)
Mudah sahaja.. ikuti empat langkah di atas.. kalu tak jadi jugak ikuti langkah ke 5!!!! taraaaaa!!! Selepas selesai jangan lupa jumpa 'tokey' anda dan ambik komisen sebagai pencacai!!!!

Cara nak hilangkan PIANO??? erkkk ambo tak perasan di belah kanan tu PIANO!!! ambo ingatkan RAK letak Kitab ihihiihihi erm yang tu camna erk ..

Tunggu next episod ambo akan ajar :) Wassalam.

Friday, 25 January 2013

Hikayat Minyak, Husam dan Nik Aziz...


Assalamualaikum,
Setelah sekian lama Nik Aziz memerintah Kelantan, akhirnya Husam Musa mengumumkan minyak bakal di temui di darat Kelantan!

Alhamdulillah... ramai yang mempercayai tanpa usul periksa.. lebih ramai yang gelak nak pecah perut.

Seperti biasa ambo lebih suka mendengar komen dari ahli politik di kedai kopi kerana merekalah golongan paling berbisa dalam mengolah isu dan persepsi.

"Bakpo Nik Aziz tak umum sendiri? Bakpo Huse sokmo???", tanya si polan.

"Huse kan nok jadi MB pasni!", jawab si polan [nganying]

"Hahahhaha, demo gak nganying slaluh ko EXCO J^##^*%i", balas si polan

"Tapi.. kalu Huse jadi MB munasabah jugok sbb dia jah hok ceridik dale ramai2 tok wokil tu", sambung si polan.

Begitulah perbualan pendek yang sempat ambo dengar, nama Huse bila saja di sebut terus di kaitkan dengan pelbagai projek seperti Koridor Depu, Stadium, Hiway, Jamnapari, Dinar Kelantan dan terkini Minyak atas darat!

Hebat betul manusia bernama Huse ni! Walaubagaimanapun cakap2 oghe politik mengatakan Kamarudin Jaafar (Tumpat) yang bakal menggantikan Huse. Bagaimana pulak dengan Nik Amar???

Erm nanti la ambo tulis balik sbb ambo baru buleh berita awal Februari ni PAS akan wat perjumpaan khas, desas desus nak bincang balik Tahaluf Siyasi dgn DAP dan PKR... wasalam...

Monday, 14 January 2013

Bila DrMaza Menulis... artikel yang bermanfaat.


[ di petik dari Izin Bukan Bererti Redha ]

Izin Bukan Bererti Redha


Saya tidak suka terlalu berfalsafah dalam bicara. Tujuan ucapan dan ungkapan adalah untuk difahami oleh pendengar atau pembaca, bukan agar mereka bertambah pening. Pun begitu ada juga beberapa istilah yang perlu diperbetulkan, bukan kerana ingin berfalsafah tetapi kerana ia penting untuk difahami untuk mengelakkan salahfaham antara kaum muslimin. 
Antara perkara yang penting untuk dibezakan ialah ungkapan ‘izin’ dan ‘redha’. Kedua-dua perkataan ini berasal dari bahasa Arab. Apa yang kita izinkan bukan semestinya kita redha. Juga apa yang kita redha bukan semestinya kita izinkan. Juga mungkin apa yang kita izinkan itu kita redha, atau sebaliknya juga mungkin apa yang kita redha maka kita izinkan. Mengizinkan bermaksud membolehkan sesuatu itu berlaku (lihat: al-Kafawi, al-Kulliyyat, 72, Beirut: Muassasah al-Risalah). Sementara redha bermaksud suka atau kasih kepada sesuatu. Disebut al-Mahabbah wa al-Ridha atau cinta dan redha (ibid 76). 
Kita mungkin memberikan kebenaran atau memboleh sesuatu yang di bawah penguasaan kita berlaku dalam keadaan redha ataupun tidak redha. Apa yang kita izinkan bukanlah semestinya kita redha atau suka. Umpamanya jika seseorang pemerintah muslim mengizinkan bukan muslim membina rumah ibadah mereka, bukanlah semestinya bererti pemerintah tersebut meredhai kekufuran atau penyembahan selain daripada Allah.
Demikian juga apabila pemerintah tertentu mengizinkan mereka melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti minum arak atau berjudi dalam premis mereka, bukanlah bererti pemerintah tersebut telah menghalalkan arak atau judi. Keizinan itu diberikan disebabkan kerana hak-hak mereka sebagai bukan muslim dalam mengamalkan agama dan cara hidup mereka.
Pemerintah mengatur urusan rakyat dengan adil dan saksama. Keizinan atau kelulusan yang diberikan oleh pemerintah bukan menunjukkan akidahnya telah rosak atau dia telah menghalalkan yang haram. Melainkanlah jika perasaan dia itu memang redha atau dia sendiri melakukan perkara-perkara yang menunjukkan dia redha. Ketika itu barulah datang penilaian di sudut akidah.
Apa yang ingin dijelaskan bukan semestinya setiap yang diizinkan itu diredhai oleh seseorang. Saya misalkan, seorang anak yang mendesak ayahnya memberikannya kunci kereta kerana ingin keluar bersama dengan rakan-rakannya. Si ayah enggan memberi kerana bimbang anaknya tidak tahu mengawal diri apabila keluar bersama rakan.
Namun si anak terus mendesak dan bertegang dengan ayahnya sehingga menyebabkan si ayah akhirnya memberikan kunci kepada si anak. Anak ini pun keluar berjumpa dengan rakan-rakannya sambil berkata: “ayahku izinkan aku pakai keretanya malam ini”. Sementara si ayah apabila ditanya berkata: “memang saya izinkan tapi saya tidak redha, sebab dia mendesak dan saya malas bising-bising”.
Keadaan ini menggambarkan bagaimana kadang-kala keizinan diberikan tanpa keredhaan atau kerelaan. Betapa ramai wanita zaman tahu yang mengizinkan bapa mereka mengahwinkan mereka, sedangkan jantung hati mereka tidak redha.
Di samping ada keadaan di mana kita izinkan sesuatu dengan penuh redha. Juga ada keadaan di mana kita meredhai sesuatu tetapi tidak dapat mengizinkannya. Kita tidak izinkan mungkin disebabkan faktor-faktor tertentu.
Sebab itu dalam al-Quran Allah gunakan perkataan masyiah atau kehendak dan dalam masa yang sama ada perkataan redha. Manusia menjadi beriman dan kufur adalah dengan kehendak atau izin Allah. Jika Allah tidak izin atau kehendak, maka tiada satu perkara pun yang boleh berlaku di alam ini.
Namun bukan semestinya apa yang Allah izinkan berlaku itu, Allah meredhainya. Firman Allah: (maksudnya)
“Maka (fikirkanlah) adakah orang yang dihiaskan kepadanya amalan buruknya (oleh syaitan) lalu dia memandangnya baik, kerana sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan dia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Oleh itu, janganlah kamu membinasakan dirimu (Wahai Muhammad) kerana menanggung dukacita terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan” ( Surah al-Fatir, ayat 8).
Allah menyesat sesiapa yang Dia Kehendaki kerana mereka memilih kesesatan, demikian memberikan petunjukNya kepada sesiapa yang ingin memilih petunjuk. Itulah peraturan alam yang Dia Maha Pencipta lagi Maha Adil tetapkan. Dia tidak menzalimi hamba-hambaNya.
Apabila kekufuran atau kemaksiatan atau kesesatan itu berlaku bukanlah Dia redha atau sukakan kekufuran sekalipun berlaku dengan izin atau kehendakNya. FirmanNya: (maksudnya) “Kalaulah kamu kufur akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak memerlukan kamu; dan Dia tidak redha untuk hamba-hambaNya kekufuran; dan jika kamu bersyukur, Dia meredainya untuk kamu..(Surah al-Umar, ayat 7).
Maha Suci Allah untuk dibandingkan dengan makhluk. Namun untuk mendekatkan faham, demikian insan dalam hidup ini mestilah dibezakan antara keizinan dan keredhaan. Dalam perjanjian Hudaibiyyah Nabi s.a.w dan Musyrikin Quraish Mekah, baginda ingin agar kepala perjanjian itu ditulis dengan Bismillah al-Rahman al-Rahim.
Namun wakil Quraish, Suhail bin ‘Amr tidak bersetuju. Dia mahu supaya ditulis seperti kebiasaan Quraish dalam menulis perjanjian iaitu BismikaAllahumma (Dengan NamaMu Ya Allah). Nabi s.a.w bersetuju dan mengizinkannya, walaupun hakikatnya baginda tidak redha demikian. Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut:
“Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”.
Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut.
Saya jelaskan noktah perbezaan ini untuk mengelakkan tuduh-menuduh sesama umat Islam dalam banyak perkara. Isu nama Allah umpamanya, menjadi tegang dalam kalangan umat Islam sendiri sehingga ada yang tuduh menuduh dengan kufur dan sesat. Ada yang menyatakan pihak yang membiarkan penggunaan nama Allah dalam kalangan bukan Islam bererti telah redha dengan kekufuran. Maka sesiapa yang redha dengan kufur, maka dia pun turut kufur.
Kesimpulan yang seperti itu tidaklah tepat. Kita mungkin berbeza antara satu sama lain, namun jangan membuat kesimpulan yang tidak berlandaskan fakta. Umat Islam yang membiarkan Kristian menggunakan nama Nabi Isa dan Maryam di tempat ibadah mereka bukan bererti selama ini kita meredhai mereka mensyirikkan Allah dan mempergunakan nama Nabi Isa a.s. yang wajib kita imani itu.
Ini bukan soal redha atau tidak, tetapi soalnya apakah kadar hak mereka yang hendak atau boleh kita izinkan. Di situ perbincangannya. Kita mungkin boleh setuju atau tidak setuju mereka guna nama Allah. Saya tidak mahu membincang isu tersebut di sini. Namun saya tidak dapat terima untuk kita cepat mengkafirkan sesama sendiri. Kita tangani perbezaan itu dengan harmoni dan matang, bukan dengan kafir-mengkafir sesama muslim.
Hati-hati wahai pembaca, ramai orang di dunia ini yang sering memutar belitkan ayat dan kalimat orang lain, lalu menyalahtafsirkan mengikut kehendaknya supaya dia dapat menghukum orang yang dimusuhinya. Setiap kita akan berdiri di hadapan Mahkamah Allah di Hari Kiamat, maka bersikap adillah!

Isu Kalimah Allah belum selesai... :(


Assalamualaikum,
Ramai yang menganggap hari ini selesailah kemelut Kalimah Allah, tapi bagi ambo perkara ini semakin meruncing.

Jika di lihat kembali teks ucapan Hadi Awang yang berbunyi,

"Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah 'Allah' dalam AMALAN mereka, walaupun ia tidak mencapai maksud asal bahasa Al-Quran."

Ucapan ini mengundang 2 komen yang ambo pilih khas kerana ambo merasakan 2 orang ini tidak memahami secara keseluruhan maksud Hadi Awang. Ini bermakna ucapan tersebut bakal mengundang masalah yang lebih parah.

Smiley Everyday turut menyatakan kaum Siam di Kelantan sudah menggunakan kalimah 'Allah' sejak sekian lama.

Persoalannya bila? Adakah dalam AMALAN mereka?

Adakah Smiley tidak faham kenyataan Hadi Awang bahawa perkataan 'Allah' tidak boleh di terjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat?

Atau 'Allah' mana yang di gunakan oleh Kaum Siam tersebut?

Seterusnya, Tanak Kalabtu yang cukup gembira dengan kenyataan dari Hadi Awang tetapi mengharapkan supaya Hadi Awang (PAS) tidak kluk klek dengan menyatakan bahawa 'Allah' ini ekslusif utk orang Islam sahaja.

Adakah Tanak Kalabatu menyangka bahawa Hadi Awang sudah meredhai Kristian mengguna pakai kalimah 'Allah' di dalam Bible Melayu?

Atau 'Allah' mana yang yang di maksudkan akan memberkati amal soleh Hadi Awang?

Pada hari ini tersebarlah satu kenyataan rasmi dari Majlis Syura Ulama PAS (baca artikel ambo sebelumni) yang akan mengecewakan 2 orang manusia di atas tadi.

Malah Nik Aziz sendiri di lihat seolah-olah kluk klek dalam kemelut ini, menyifatkan terjemahan itu akan menimbulkan kekeliruan yang nyata!!

Siapa kelirukan siapa???

Kenapa Hadi Awang tidak memperincikan sejelas-jelasnya apa maksud  'AMALAN' dalam ucapanya. Oleh itu ambo berpandangan PAS perlu tampil menjelaskan semula tentang kalimah "Allah" kali ini mungkin bukan lagi bersama-sama PKR dan DAP, supaya PAS lebih tenang dan ikhlas. Wassalam