Thursday, 23 April 2015

DAP Taja Mat Sabu....?

Hari ni jalan2 kat Kratong 2 minum2 tea ngan kawan yg baru sampai dari Kelantan. Tengah2 syok ada org wat mai buku ni.

Isinya cam biasa la mesti memburukan DAP... parti komunis laaa. Parti pelampau laaa.... Parti kroni laaa... tiba2 kawan saya bertanya kepada saya

"Ngko rasa DAP ni taja sapa dalam PAS?"

Termenung jugak saya seketika... cuma yang terlintas di benak ini satu nama je yg familiar ngan DAP...

"TUAN GURU MAT SABU," jawab saya

Dia pun segera mencelah

"Aku pasti Tuan Ibrahim kalah lawan Mat Sabu!" Yakin jawabnya

Selesai minum saya terus start kereta balik ke Muadzam sambil memikirkan ada logiknya cerita tadi.

CALON RAKYAT

Tiada protokol utk rakyat dekati beliau..  dihormati kawan dan lawan. Pengalaman saya sewaktu hadir buat liputan terkejut dgn reaksi spontan calon rakyat.

Banyak mendengar dari cakap... itu yg rakyat mahukan bukannya jenis pandai cakap tapi kerja xbuat.

Pihak lawan sendiri akui beliau sorang yg warak..jaga solat dan tak suka cakap buruk. Kalau inilah sikap seorang calon maka apa lagi rakyat Rompin mahu?

Wednesday, 22 April 2015

DANA...DANA... MASUK POKET

Dengan suhu hampir 40°c semalam anak2 kecik dipaksa berpanas atas nama perjuangan.

Hairan.. kenapa hanya penyokong je yang bawak anak kecil? Pemimpin2 mereka di bawah khemah berkipas xder anak ke? Atau anak mereka tak tahan panas. 

Atau pemimpin PAS hanya reti kutip DANA dari poket2 rakyat? Tanpa audit..tanpa memaklumkan jumlah... entah sapa tadbir duit tu...tapi istilah perjuangan mengaburi mata penyokong mereka.

Tidakkah penyokong PAS sedar dalam parti mereka ada BARUA.. ada Geng Anti-Ulama..dan macam2 tapi kenapa masih percaya kepada golongan begini?

Fikir2kan lah...

MB Kelantan tiada harga di mata PASMA

"Melukut di tepi gantang" amat sesuai utk situasi ini... begitu dasyat sekali penangan puak PASMA yang amat benci kpd kepimpinan PAS skrg ini.

Apalah salah kiranya jika Suhaizan Kayat turun dari pentas bagi menghormati seorang ulama bertaraf Mentei Besar utk naik pentas meraikan calon PAS.

Nampak gaya PRK Rompin bakal menyaksikan medan kempen puok Anwarinas + PASMA + Profesional mengkuburkan geng Ulama dalam PAS

AHMAD AWANG PRESIDEN BARU PAS

Sekian lama menyepi akhirnya PAS bakal menghadapi tsunami apabila jawatan Presiden bakal dicabar.

PRK Rompin bakal menyaksikan team anti-Ulama mula mempromosikan calon mereka bagi menjatuhkan Tuan Guru Hadi Awang

Geng Anti-Ulama menyelinap diseluruh Rompin bertemu petugas PAS di sini mencanang betapa lemahnya Presiden sekarang.

Sunday, 6 April 2014

Private Bill HUDUD

Betapa sedihnya ambo bila baca muka surat ni :'(

SIAPA MEMPERMAINKAN HUDUD SEBENARNYA??


UMNO TOLAK HUDUD SEJAK 1992???


 TERGEMPAAAARRR!!!!!

ALLAH MAHA ADIL!!!

ALLAHU AKBAR!!!














Monday, 17 March 2014

This Is Barisan Nasional Territory !

Setelah 6 hari berkempen masing-masing punyai pendapat dan rumusan tersendiri.

BN cuba menafikan majoriti lebih dari 6,000 yang di menangi oleh PKR. Ramai yang meramalkan PKR akan kekal di Kajang dengan hujjah tersendiri.

Tetapi pada pandangan saya BN boleh menawan Kajang berdasarkan faktor-faktor berikut :

1. Jentera BN turun rumah ke rumah bertemu secara bersemuka dengan pengundi.

2. Perancangan dan perlakanaan kempen kali ini amat berbeza dengan PRK yang sebelumnya. BN berjaya menangani fitnah yang di lemparkan oleh PKR. Terbaru, pihak lawan menyebarkan gambar separuh bogel calon BN.

3. Jentera Penerangan BN lebih berintegriti dan beretika semasa ceramah berlangsung. Tiada kata nista dan caci maki terhadap pihak lawan, berbanding PKR yang setiap malam asyik memaki hamun, mencarut dan memfitnah)

4. Perpaduan dalam BN amat di puji. Jauh berbeda dengan PR yang mana boleh di katakan khabar angin mengatakan PAS boikot PRK ini terbukti.

PRK Kajang MESTI di menangi oleh BN untuk menghantar mesej jelas kepada Pakatan Rakyat supaya jangan lagi mencabuli amanah rakyat. Sebelum ini ADUN PKR di paksa mengosongkan kerusi Kajang demi nafsu seorang manusia bernama Anwar Ibrahim

Sunday, 16 March 2014

Ceramah BN Lemau!

Malam tadi berpeluang hadir di ceramah BN. Tak sampai separuh masa saya terasa ingin pulang. Kenapa?

Kerana dah 4 malam sebelum ni telinga ini hanya di di dendangkan dengan cacian makian dan provokasi terlampau di pentas PR.

Orang UMNO-BN ni satu je lomahnya (walaupun dulunya dari PAS) lidah jadi kelu nak mengata apatah lagi nak memcaci maki.

Apakah terlalu segan untuk caci maki Anwar? Atau takut di balas balik? Atau memang korang tak reti nak maki hamun?

Apapun saya tabik kat penceramah UMNO-BN kerana masih kontrol lidah. Tu tandanya korang masih WARAS. :)