PRK Rompin akan menyaksikan PAS bergerak sendirian tanpa rakan dr PKR dan DAP yg membantu... lebih parah bila Geng PASMA, Anwarinas dan geng Profesional turut memulaukan kempen di sini.
Pengundi Rompin mengesan kumpulan yg di gelar JEBON (Jemaah Buat Onar) ini lebih tertarik utk berkempen di Permatang Pauh yg menjanjikan ghanimah yg banyak.
Utk mengaburi ahli PAS di sini maka di hantarnya sorang dua geng JEBON utk berceramah ntah apa2 di sini. Seolah2 jasad terzahir tapi minda melayang di Negeri taklukan DAP sana.
Pendirian mereka belum disahkan samada sokong hudud atau tidak... itu harapan pengundi PAS di Rompin yg turut malu bila selama ini mereka seolah2 ter'candu' dengan isu tersebut.
Sayangnya dalam ceramah puak JEBON tidak disebut bahawa perjuangan PAS selama ini utk melaksanakan hudud akan diteruskan. Apakah PASMA betul2 akan menggantikan PAS slps muktamar nanti?





