Assalmualaikum,
Kali ini ambo tertarik dengan seorang insan yang sering di jadikan rujukan oleh golongan politik. Teguran, komen, dan nasihat beliau sering di guna pakai oleh puok2 dalam parti PAS n UMNO.
Kali ini DrMaza telah di jemput utk menghadiri Persidangan Agung UMNO yang ke 66 (selepas ini di sebut PAU66) dan beliau telah banyak membuat 'twit' di akaun twitternya.
Kali ini ambo kutip beberapa 'twit' beliau yang ambo cukup tertarik dan pastinya puok2 PAS cuba menutup mata untuk tidak membacanya.
Twit ini menjadi pilihan ambo kerana ambo berasa cukup terharu dengan keikhlasan DrMaza menyatakan hasil titip peluh pejuang UMNO terdahulu dalam memastikan kita berada di sini pada hari ini mengecapi hasilnya.
Ambo turut berlapang dada mengakui ada kelemahan di dalam UMNO tetapi ambo cukup terharu bila terkenan jasa-jasa pemimpin terdahulu.
Walaupun UMNO di hentam dengan pelbagai kata, kutukan, cacian tapi Alhamdulillah perwakilan masih lagi waras dalam penggunaan bahasa semasa perbahasan. Terima kasih sekali lagi buat DrMaza yang turut perasan hakikat ini.
Terima kasih sekali lagi dari ambo buat DrMaza... segala teguran dan kritikan DrMaza kita perlu terima untuk menjadi yang terbaik buat rakyat. Insyallah BN akan terus relevan untuk rakyat Malaysia dan UMNO akan terus menjadi NAKHODA dalam Barisan Nasional.
Doaku buat DrMaza semoga Allah panjangkan umurnya, murah rezkinya, lapang hidupnya, dan senang hidupnya di dunia dan akhirat...amin
p/s - Al-Fatihah buat pejuang UMNO yang telah pergi menemui Ilahi, semoga roh mereka di cucuri rahmat.. amin
No comments:
Post a Comment