Sunday, 6 April 2014
Monday, 17 March 2014
This Is Barisan Nasional Territory !
BN cuba menafikan majoriti lebih dari 6,000 yang di menangi oleh PKR. Ramai yang meramalkan PKR akan kekal di Kajang dengan hujjah tersendiri.
Tetapi pada pandangan saya BN boleh menawan Kajang berdasarkan faktor-faktor berikut :
1. Jentera BN turun rumah ke rumah bertemu secara bersemuka dengan pengundi.
2. Perancangan dan perlakanaan kempen kali ini amat berbeza dengan PRK yang sebelumnya. BN berjaya menangani fitnah yang di lemparkan oleh PKR. Terbaru, pihak lawan menyebarkan gambar separuh bogel calon BN.
3. Jentera Penerangan BN lebih berintegriti dan beretika semasa ceramah berlangsung. Tiada kata nista dan caci maki terhadap pihak lawan, berbanding PKR yang setiap malam asyik memaki hamun, mencarut dan memfitnah)
4. Perpaduan dalam BN amat di puji. Jauh berbeda dengan PR yang mana boleh di katakan khabar angin mengatakan PAS boikot PRK ini terbukti.
PRK Kajang MESTI di menangi oleh BN untuk menghantar mesej jelas kepada Pakatan Rakyat supaya jangan lagi mencabuli amanah rakyat. Sebelum ini ADUN PKR di paksa mengosongkan kerusi Kajang demi nafsu seorang manusia bernama Anwar Ibrahim
Sunday, 16 March 2014
Ceramah BN Lemau!
Malam tadi berpeluang hadir di ceramah BN. Tak sampai separuh masa saya terasa ingin pulang. Kenapa?
Kerana dah 4 malam sebelum ni telinga ini hanya di di dendangkan dengan cacian makian dan provokasi terlampau di pentas PR.
Orang UMNO-BN ni satu je lomahnya (walaupun dulunya dari PAS) lidah jadi kelu nak mengata apatah lagi nak memcaci maki.
Apakah terlalu segan untuk caci maki Anwar? Atau takut di balas balik? Atau memang korang tak reti nak maki hamun?
Apapun saya tabik kat penceramah UMNO-BN kerana masih kontrol lidah. Tu tandanya korang masih WARAS. :)
Tidak Seindah Wajah
Tidak Seindah Wajah memang satu lagu yang amat sesuai untuk menerangkan watak manusia bernama Anwar Ibrahim.
Tidak perlu saya menulis panjang.. cuma hayati setiap bait lirik2 tersebut. Selamat menonton...
Saturday, 15 March 2014
Doa MH370
Pertama sekali jutaan syukur di panjatkan ke hadrat ilahi yg membuka kabus kekusutan dalam pencarian MH370.
Keduanya ribuan penghargaan buat semua pihak yg bertungkus lumus sumbang keringat dlm operasi mencari MH370
Buat rakyat Malaysia... terima kasih atas doa anda setip pagi dan petang utk keselamatan setiap jiwa di dalam kokpit MH370.
Cuma izinkin saya meluahkan rasa #KELAT yg susah nak telan iaitu tomahan dari YB Pakatan Prmbangkang di bumi Kajang pada setiap malam.
Tomahan, cercaan,hinaan dan segala bentuk cacian menjalar dari lidah para pemimpin ini. Demi undi semua halal.
Bersungguh-sungguh mau 'tanam pokok di Kajang agar ada teduh' yg saya musykil kenapa Pokok dulu di tebang?
ADUN Kajang sebelum ini dari Parti PKR di paksa letak jawatan tanpa alasan kokrit dari Anuar.
Apakah kerana simboliknya Kajang dengan kediaman berjeriji bakal di huni Anwar? Atau;
Letaknya bersebelahan Putrajaya? Atau;
Deposit undi yg banyak di situ sesuai untuk pertarungan demi nafsu si de-factor? Atau;
Atau sengaja nak cetuskan perpecahan kaum di Malaysia? Fikir2kan lah
Siau Ren
90% kehadiran malam ni di Sungai Chua adalah kaum Cina. Maka semestinya kena guna sepatah dua bahasa Cina utk ambil hati dan semestinya itulah kelebihan Anwar.
Menggunakan segala kemahiran pidato utk mendapatkan tepukan boleh di kira berjaya pd malam ini.
Tetapi sandiwara tetap sandiwara kecuali bagi yg suka menelan apa saja yg di hidangkan.
Sebagai contoh apabila Anwar mempersoalkan tiada ruang di berikan kepada wartawan utk bertanya kpd PM semasa sidang media berkenaan MH370 td seolah PM seorang pengecut.
Tapi masih igtkah kita semua ayat "U ULANG I SAMAN"?
:) anda boleh google sendiri. Anda kena kenal ayam yg berbulu musang.
Thursday, 13 March 2014
Kisah si Gajah Bengap Siri 1
Badannya yang besar membebankan sapa2 saja yang memikulnya.
Apa saja yang di pijaknya akan binasa.
Semua di rempuh, kijang terpaksa beralah meninggalkan tempat duduknya.
Singa pun terpaksa berkira-kira untuk menyergahnya. Gelaran raja pun di hina oleh si ular yg tidak berkaki.
Si 'buta' berjaya menjelaskan kehebatan Gajah dengan pelbagai persepsi. Apa saja yg berada di bawah undang-undang rimba terpaksa mengangguk macam kera setiap perbuatan gajah ini.
Kini si kera, ungka, mawas dan segala jenis yang berekor mula menyalak dan bergayut di dahan bila belalai si gajah ini mula kegatalan di gigit kerengga.
Kini kerengga mula muak dengan perangai belalai si gajah yang 'gomo' belaka. Habis dedaun, dahan kecil tempat bersarang. Gajah perlu di ajar!
....bersambung
Wednesday, 12 March 2014
Etika Ceramah
Malam ketiga... melata rakyat keluar ke hulu hilir memilih port yg best utk mendengar Drama Politik Anwar.
Tanpa belas kasihan di lanyaknya pemimpin BN. Walaupun di nasihatkan oleh Presiden mereka tapi nafsu mengatasi segalanya.
Trend ceramah 7 - 10 org kongsi satu pentas. Peruntukan masa 10minit hanya di isi dengan kutukan dan cacian sahaja.
Apakah untuk menang atau dpt undi simpati maka regu lawan perlu di cerca? Apakah janji2 PRK ini hanya omongan kosong?
Erm.. kita tunggu esok malam lak.. apakah drama ini terus seperti malam ini?
Katakanlah yang HAK
Menjadi satu persoalan bagaimana fikiran rakyat telah di racuni oleh manusia yang bertopengkan SETAN apabila mempersoalkan hukuman mahkamah, tetapi menutup KEKEJAMAN pemerintahan kukubesinya yang sesuka hati melacurkan amanah rakyat di 'KERUSI' Kajang.
Mula menjelajah segenap inci tanah Kajang.. mencanang sandiwara jahat kononnya dia di aniayai. Kononnya impianya ingin menjadi Menteri Besar Selangor di cantas. Manusia jenis apa laaa si polan ini.
Pengundi Kajang sudah muak dengan DRAMA POLITIK si malaun dan konco-konconya, dan sebahagian pengundi di sini telah menyatakan akan mengajar puak-puak yang suka mensandiwarakan amanah rakyat.
Insyaa Allah kemenangan buat calon yang berINTEGRITI DAN berKREDIBILITI.
Tuesday, 11 March 2014
Integriti & Kredibiliti
Soal INTEGRITI & KREDIBILITI mesti di titik beratkan. Tiada kompromi dalam soal ini. Andai masih ada yg suka main politik rimba, mengutuk, mencaci dan memperlekehkan pihak lawan maka sudah semestinya calon itu di tolak.
Hari ni masuk hari kedua kempen, insyaa Allah pengundi di Kajang boleh berfikir dengan waras, menilai mana permata dengan botol ;)
Jom kita gegarkan Kajang. :)