Monday, 14 January 2013

Isu Kalimah Allah belum selesai... :(


Assalamualaikum,
Ramai yang menganggap hari ini selesailah kemelut Kalimah Allah, tapi bagi ambo perkara ini semakin meruncing.

Jika di lihat kembali teks ucapan Hadi Awang yang berbunyi,

"Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah 'Allah' dalam AMALAN mereka, walaupun ia tidak mencapai maksud asal bahasa Al-Quran."

Ucapan ini mengundang 2 komen yang ambo pilih khas kerana ambo merasakan 2 orang ini tidak memahami secara keseluruhan maksud Hadi Awang. Ini bermakna ucapan tersebut bakal mengundang masalah yang lebih parah.

Smiley Everyday turut menyatakan kaum Siam di Kelantan sudah menggunakan kalimah 'Allah' sejak sekian lama.

Persoalannya bila? Adakah dalam AMALAN mereka?

Adakah Smiley tidak faham kenyataan Hadi Awang bahawa perkataan 'Allah' tidak boleh di terjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat?

Atau 'Allah' mana yang di gunakan oleh Kaum Siam tersebut?

Seterusnya, Tanak Kalabtu yang cukup gembira dengan kenyataan dari Hadi Awang tetapi mengharapkan supaya Hadi Awang (PAS) tidak kluk klek dengan menyatakan bahawa 'Allah' ini ekslusif utk orang Islam sahaja.

Adakah Tanak Kalabatu menyangka bahawa Hadi Awang sudah meredhai Kristian mengguna pakai kalimah 'Allah' di dalam Bible Melayu?

Atau 'Allah' mana yang yang di maksudkan akan memberkati amal soleh Hadi Awang?

Pada hari ini tersebarlah satu kenyataan rasmi dari Majlis Syura Ulama PAS (baca artikel ambo sebelumni) yang akan mengecewakan 2 orang manusia di atas tadi.

Malah Nik Aziz sendiri di lihat seolah-olah kluk klek dalam kemelut ini, menyifatkan terjemahan itu akan menimbulkan kekeliruan yang nyata!!

Siapa kelirukan siapa???

Kenapa Hadi Awang tidak memperincikan sejelas-jelasnya apa maksud  'AMALAN' dalam ucapanya. Oleh itu ambo berpandangan PAS perlu tampil menjelaskan semula tentang kalimah "Allah" kali ini mungkin bukan lagi bersama-sama PKR dan DAP, supaya PAS lebih tenang dan ikhlas. Wassalam





No comments:

Post a Comment